Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Closing of 2014 random thoughts

Its new year eve, I know its already 1 January 2015. Happy New Year to you all!! I know that my writing was a bit a messed. Sekejap BM, sekejap English, sekejap formal, sekejap santai. This is my blog, I love to share my thoughts and comments, whatever I wrote was something that was running on my mind. It is hard for me to maintain one style. I feel rigid. Tak kan I nak komen something formal with a very santai word kan. Bahaya using santai word ni bila writing, It will sometime reflect your emotion. Maybe I used its before, this time I will improve. To make a better blog, to write as if I am talking to you. Chewah.  Thats all for tonight. Just want to explain all the random thought with a lot of style of mine, no identity janji sharing dok. Pardon me for my terrible vocab, verbs and so on. Life must goes on! Good Night reader! Happy New Year!

Baby AS - setahun 3 bulan

Malam ini saya kena sedia kan 2 blog sebab memang tersangat special sebelum berakhir nya 2014 esok. Sekiranya pembaca sekalian ada follow my IG (@lisamorni), anda boleh agak siapa lah baby AS nie. Saya rasa saya nak share dia punya perkembangan. Sekiranya anda pembaca setia saya, anda tahulah AS nie lahir dalam tak cukup bulan. Alhamdulillah dia sehat, dan dia masih menyusu badan. Sekiranya mengikut kiraan perkembangan dia, umur dia setahun 1 bulan. Kerana bukan 'full term'. Doktor menasihati agar perkembangan di nilai secara begitu, jadi jangan lah ibu bapa yang ada bayi pre term ini rasa gusar. Tahukah anda bayi anda dapat merasakan naluri hati anda? Setiap sentuhan belaian adalah kekuatan mereka, antibodi mereka. Itulah fitrah manusia. Bukan bayi sahaja.. Cukup, kembali kepada cerita asal. Alhamdulillah, AS tidak lah mempunyai apa apa masalah yang perlu dirisaukan. Cuma beberapa bulan yang lepas, dia didiagnos menghidapi anaemia, doktor memang mengatakan, bayi pre term

Tercapai tak this year resolution?

Esok, hari terakhir tahun 2014. Jadi, haruslah ada azam baru. Tetapi kali ini, saya ingin mereview balik azam tahun ini tercapai ke tidak. Salah satu isi nya. 'How u want to achieve with ur resolution till d end of d year? 1. List down ur acievable/ realistic resolution ( jgn jd angan2 mat jenin) 2. Comitment - u need commitment to achieve it. 3. Pray to Allah swt to ease everything u want to achieve. My resolution? 1. Debt free - i will try to decrease my credit card debt n other debt. Saya ada 3 kredit kad, satu dadh berjaya kurangkan, tinggal lagi 2 kad. So boleh kata achieved lah How? I will test run the budget tips by learnvest (50/30/20). I will write it down for u all if i hv d time. sememangnya saya tak ada kan share pasal tips ni. If nak pakai teknik ni, mungkin kena ada coach, it is not work for me. memang tak jalan. I use my own method. this method without coach mungkin work if you only started your work maybe. If you want me to elaborate mo

Saya pernah ada masalah kulit (I use to have skin problems)

Saya dan si kecik AS baru balik daripada bercuti ke JB and Singapura. Lain kali saya update ya. Di sebabkan sasaran ku ingin menulis 2 artikel setiap minggu, nah, sila baca. Saya mempunyai kulit yang bermasalah dari kecik lagi. Memang sangat teruk. Mungkin eczema, mungkin penyakit kulit lain kot. Zaman dulu eczema tiada orang yang tahu. Yang tahu kulit ku sangat teruk. Teruk yang bagaimana? Dari kulit kepala hingga ke kaki. Kulit kepala Semasa kecik, sehingga la sekolah menengah. Kulit kepala ada kelumumur, tetapi lagi teruk sebab macam keruping. Kalau di garu, ia melekat betol di kepala dan kadang-kadang ia berkumpul di sebahagian kepala. Kalau di cabut, keluar air lah ia. Pada zaman itu, banyak kali jumpa doktor, asyik bagi syampo sahaja, masih begitu dan tidak surut. Rambut kadang-kadang terpaksa potong pendek,betol-betol pendek, pun masih begitu. Pernah bapakku botak di tengah, lepas rambut tumbuh macam itu juga (dengan rambut begitu pergi jamuan kawen, malu betol)

Terkenang Zaman Kanak kanak ~ takut

Sekarang ini, saya tidak berada di kampung halaman, kini berada dengan suami di rumah sendiri. Di pagi nya, sua,i bekerja, ditemani 2 anak buah di kala kakak ku perlu menghadirkan diri ke training sebagai trainer. Kali ini, ku ceritakan bagaimana 2 anak buah ku S si abang dan S si adik perempuan. Mengapa dengan mereka, rumah ku di sini tidaklah besar seperti di kampung halaman. Duduk di bandar kan, rumah teres, kecil dan cukup untuk pasangan yang baru berkahwin ( itu 2 tahun lepas da).huhuhu. Si abang amatlah penakut nya ketika hari sudah gelap apabila die perlu naik ke tingkat atas. Mulut ku sedap sahaja menjerit apa la yang ko takutkan di atas tu? Hati kecil ini sangat la terasa annoying nya kerana rumah ku tidak lah besar dan apa yang perlu dia takutkan. Lain pula dengan si adik, lebih berani, kadang-kadang dia duduk seorang di atas yang pasti jangan ingat kan dia. Apabila di kampung halaman, berani pula si abang naik atas seorang diri menonton TV. Di ulang, rumah di kampung hal

Perkongsian cerita di satu pagi ~ Semoga mereka menerima nya

Cerita kali ini berlaku sebelum kami (saya dan kakak ku) pergi training di Shah Alam, terlupa untuk menceritakan.  Iya, bisnes sendiri sangat seronok. Boleh berjalan bila-bila masa anda inginkan. Yang pasti pekerja anda amanah! Okay, tiada kaitan dengan cerita kali ini. Bermula apabila, selepas open day, saya perlu follow up dengan parents yang telah membayar 'registration fee' tetapi tidak datang untuk open day membayar dan memberi kata putus bila anak mereka akan datang menghadirkan diri. Sekiranya, emak ada hal, saya tidak pergi kerja kerana AS amat susah untuk di tinggalkan kerana dia memerlukan perhatian yang jitu. Duduklah engkau melayan dia sahaja dengan tidak boleh membuat kerja rumah. Jadi, pekerja ku telah ku amanatkan untuk follow up. Tiba-tiba dia menelefon memberitahu ada parents akan datang untuk membayar selebihnya. Okay saya datang. Apabila parents tiba, ibunya datang dengan pakaian yang tidak sesuai dengan suasana kami. Tadika kakakku tadika islamik, pek

Latihan satu minggu yang bermakna

Hilang saya seminggu tiada penulisan di hasilkan. Kerana saya telah pergi training di Shah Alam. Penat kerana sudah hampir sebulan lebih saya bekerja ikut masa sendiri. Balik pulak perlu melayan si kecil AS. Saya masih di luar kawasan kampung halaman, tetapi dekat dengan suami. Oh begitu susah nya jauh dengan suami. Respek kepada wanita bergelar isteri yang jauh dengan suami. Itulah akibatnya kebiasaan. Kali ini, tiada kaitan dengan kebiasaan, bahan penulisan tidak dibawa untuk rujukan. Jadi, saya ingin menulis berkaitan dengan latihan minggu lepas yang telah saya hadiri. Training kali ini selama seminggu, kakak ku menghantar ku pergi ke training ini untuk mendalami program tadika yang telah lama dia buat, dia ingin saya mengaplikasi kan di taska yang betul betul beroperasi bulan 1 tahun depan. Wahai pembaca, hatiku masih tidak tahu memilih, menolong kakakku atau dekat dengan suami. Aku biarkan Allah SWT memberi petunjuk tanpa membuat istikarah tetapi aku sentiasa mengadu kepada Ya

Book Review: Bersyukur Saat Di Uji

Bersyukur Saat Di Uji di tulis oleh Tuan Muhd Kamil Ibrahim. Jangan di tanya mengapa kebelakangan ini saya mereview buku begini. Buku tentang pengalaman, buku bukan berbentuk fiksyen. Elok lah kita membaca buku begini kadang kadang agar kita berpijak di bumi yang nyata! Beberapa minggu lepas saya telah menonton ulangan Semanis Kurma di mana Prof dan isterinya di jemput, pada masa itu saya tidak tahu siapa kah gerangan mereka. Apabila mereka bercerita tentang mereka, mengingat kan beberapa tahun lepas saya telah membaca buku Prof tentang Travelog Haji. A good reading untuk mereka yang ingin mengerjakan haji buat kali pertama. Buku ini mengisar kan tentang Prof sendiri telah di uji dengan bencana banjir. Bagaimana Prof telah menghadapi banjir tersebut, dan seterusnya Allah SWT telah memberi rezeki yang cukup istimewa untuk mereka sekeluarga. Tawaran bekerja di Madinah. Tuan tuan dan puan puan, mungkin anda rasa tiada istimewa nya Madinah itu, itu hanya untuk orang yang tidak pernah m

Book Review: MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI, beitulah tajuk buku yang akan saya komen. Buku yang sangat bagus untuk kita membuka mata, mendekatkan kita dengan Maha Pemberi Rezeki, Allah SWT. Wahai pembaca, ini bukan lah iklan berbayar daripada Tuan FATHURI SALEHUDIN. Ini adalah ikhlas daripada hati saya ingin memberi pendapat dan bercerita sendiri. Saya gemar berkongsi apa yang saya suka dengan percuma. Begitulah dengan menggunakan platform percuma ini. Apabila membaca buku ini, memang begitu membuka mata bahawa REZEKI itu memang pelbagai. Selama ini saya buta atau separa buta walaupun menyedari hakikat rezeki Allah SWT itu luas. Luas maksudnya bukan sahaja datang daripada segi wang ringgit, tetapi datang daripada udara, kesihatan dan sebagainya. Begitu kerap orang suka bercerita bagaimana rezeki nya datang daripada wang ringgit untuk peniaga. Tetapi wahai pekerja yang makan gaji, rezeki juga datang daripada bentuk lain. Konsep yang diterapkan oleh Tuan Fathuri kepada kita ialah, rezeki itu dijemp