Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Cinta dan Kasih Sayang tidak tandingannya

Bismillahirahmannirahim.. Cinta dan kasih sayang. Emosi dan perasaan yang paling indah dalam diri manusia. Bukan kah orang kata kalau kita angau, mandi tak basah, tidur tak lena. Begitu kuat perasaan cinta itu menguasai manusia. Kerana cinta dan kasih sayang orang yang kita sayang sanggup buat apa sahaja untuk kita. Kasih Allah SWT kepada kita - hidup kita di bumi ini dengan ciptaanNya Kasih Nabi kepada kita - ilmu dan bimbingan agar kita ke syurga Kasih Ibu dan bapa - korban masa dan wang sekiranya anak-anak meminta sesuatu daripada mereka Kasih suami dan isteri - layan kan sahaja permintaan masing-masing Paling mudah contoh anda akan faham (biasanya cerita berunsur negatif akan mudah difahami), di dalam rumah tangga, mengapa kita bergaduh? mengapa ada penceraian? bukankah matlamat kita kahwin ingin berkasih sayang dan menghalalkan hubungan? syaitan begitu pandai mengasut manusia agar kita lupa perasaan sayang dan cinta selepas kahwin. Bukankah kita bergaduh disebabkan tiada

Suratan atau Kebetulan?

Bismillahirahmanirahim.. Di dalam buku The Secrets, menjelaskan kejadian yang berlaku pada sesuatu masa disebabkan mereka berada pada frekuensi yang sama dan bukannya satu kebetulan. Di mana kita sering kata 'malang tidak berbau', 'saya berada pada masa yang salah'. Frekuensi yang sama bermaksud di sini  mereka berfikiran 'ada perkara yang tidak baik berlaku', bukannya mereka berfikir 'aku akan melanggar kereta pada hari ini'. Haruslah saya ingatkan ini hanyalah penjelesan secara sainsitifik yang tampak logik dan terima akal, tetapi kemudiannya kita haruslah redha dengan ketentuan Allah SWT dan kejadian yang menimpa. Mengapa saya kata demikian, sekiranya kita bergantung dengan penjelasan yang tampak logik itu, kita akan lupa kepada Maha Pencipta dan sepatutnya kejadian yang menimpa membuatkan kita lebih dekat kepadaNya bukan jauh daripada Nya. Mungkin anda sudah pelik dan keliru. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya hanya ingin INGATkan kepada anda,

Kisah ku dengan kapal terbang

Bismillahirahmanirahim.. Phew, mengenangkan beberapa minggu lepas, terasa artis/ahli perniagaan/ahli politik aku. Secara tidak sengaja, 4 minggu lepas, saya berulang alik ke KL tanpa henti. Bukan driving ye, naik flight daripada Kuching, Yup, my kampong is in Kuching. Supposed, setiap bulan, dalam seminggu I will be staying in my house in Shah Alam sebab my husband is in KL now. Unfortunately, kalau ikutkan bulan April ni, saya tak terbang ke KL pun sebab my elder sister buat umrah for 2 weeks and I need to standby for her until she return and of course if PJJ ni memang rasa susah sikit sebab berjauhan dengan suami lebih 4 minggu is hard! Perkara tidak dijangka berlaku pada awal bulan, family member suami beranak awal (premature). Saya cakap macam nak balik KL to visit his cousin tapi I was supposed balik KL another week sbb my dear homeroom bro is getting married. If saya balik another week, the timing is not enough untuk balik kpg. Husband macam sedih jer, so si isteri pun cari

Minda dan emosi harus bersatu

Bismilahirahmanirahim.. Kuasa minda. Anda pernah dengar rasanya. Sekali lagi saya ingin terangkan saya bukan pakar tetapi saya suka bercerita mengikut logik dan perkaitan dengan Islam daripada hasil bacaan. Usah anda label saya apa-apa kerana apa saya kongsi mungkin akan membantu anda. Tahukah anda betapa kuatnya kuasa minda? Tetapi kita gemar membiarkan emosi mengawal diri kita. Jika anda tahu bagaimana LOA, anda tidak akan membiarkan emosi mengawal diri kita. Contoh, kegagalan dalam hidup --- putus cinta mungkin? gagal dalam perniagaan mungkin? kehilangan orang yang disayangi mungkin? Apa perasaan dan emosi anda ketika itu? sebagai manusia yang dicipta oleh Allah SWT kita punya emosi, semestinya kita sedih. Tetapi tahap manakah kesedihan kita itu? 1. Sedih yang anda tidak mahu makan. 2. Sedih yang anda menangis sepuasnya dan tidak mahu keluar bilik 3. Sedih sehingga anda ingin membunuh diri anda Begitu banyak kesan sedih itu sehingga membawa kepada pelbagai hasil. Bukanka

Akademik vs akhlak

Bismillahirahirahmanirahim.. Sabtu lepas, tertengok channel TV9 - halaqah raudah. Topik yang hampir sama dengan apa yang saya katakan. Akademik vs Akhlak. Begitulah tajuk halaqah hari tu. Sangat kebetulan dan sangat menyokong apa yang saya cuba sampaikan. Main point di sini ialah -- akademik haruslah sejajar dengan akhlak. Tak payah saya huraikan dengan panjang kerana saya baru je menulis berkenaan dengan topik yang sama cuma tidaklah seheavy seperti dibincangkan dalam halaqah. Kali ini, saya ingin beri contoh kepada pembaca dan biarlah anda menilai sendiri untuk tindakan anda. Akademik Anda ibu bapa yang pentingkan kecermelangan akademik anak, pentingnya anak anda pandai seawal mungkin. Mungkin kerana anda ingin orang kata, keciknya sudah pandai. Saya kata MUNGKIN bukan, ada juga mungkin nya anda ingin anak anda senang pada masa depan nanti. Tetapi anda harus ingat, anak-anak harus diperhatikan perkembangan akademiknya kerana pada satu tahap mereka akan bosan, dan tidak ingin b

Akademik atau Nilai-nilai Murni?

Bismillahirahmanirahim.. Sering kali kita lihat ibu bapa jenis result oriented. Maksudnya mereka mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang untuk exam yang besar (SPM,PMR). Kita juga sering diingatkan ramai orang yang berjaya dan kaya, tidak cemerlang daripada segi akademik tetapi mengapa kita masih begitu? Semakin hebat ketika ibu bapa mendedahkan anak mereka sejak lahir tentang akademik --- kenalkan mereka dengan ABC, binatang dan lain lain. kerana anak kecil ketika itu umpama sponge, mereka senang belajar. Anda yang membaca jangan salah faham, saya bukannya tidak bersetuju dengan cara ibu bapa yang sebegitu, of course saya juga ingin anak saya pandai seawal mungkin. Cuma di sini, saya ingin katakan, sekiranya anak anda tidak menunjukkan hasil, jangan lah anda kecewa atau menyalahkan diri anda sekiranya anda sendiri yang mengajar atau cikgu yang mengajar anak anda kerana perjalanan anak anda masih panjang, bukankah ilmu tak kan pernah habis? Kerisauan

Kata-kata Umpama Doa - anda rasa betul ke tidak?

Bismillahirahmanirahim. Sebelum anda teruskan membaca penulisan saya kali ini, saya ingin anda kira dan fikir apa yang anda cakap pada diri anda sendiri daripada pagi sehingga waktu ini.  Anda tidak ingat dan tidak tahu sebab anda tidak pasti apa yang sedang saya cuba lakukan? Baiklah. Tidak mengapa. Anda masih tidak ada idea. Sekiranya anda sedar atau tidak sedar, kita sering kali bersifat 'tak nak', 'tak boleh' dan perkataan yang seangkatan yang berbaur negatif. Mestilah anda cakap nanti kita dipijak orang kalau kita menurut saja orang cakap. Baca dulu dan kaji ya.. Bukankah orang sering kali kata kata-kata umpama doa. Nama panggilan kita pun umpama doa untuk kita. Tapi kita tidak tahu bagaimana ia akan mendatangkan sesuatu yang sangat AWESOME, AMAZING, kepada diri kita. Saya hanya mampu menghubung kait perkaitan dengan DOA dan LAW OF ATTRACTION. Selebihnya, anda perlu melihat dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT, kerana saya tidak mahu anda terpe