Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Nak Balik Kuching! 31072020

Ini kisah perjalanan aku balik Kuching masa Raya Haji haritu. Agak risau, macam kena anxiety attack sbb kes Covid d Kuching tiba-tiba naik. Tiket dah beli weeks before sebab risau harga tiket semakin naik. Lagi risau kalau flight kena cancel. Aku hanya mampu doa banyak-banyak. Apabila kes semakin menaik, kerajaan Sarawak mengambil keputusan orang yang masuk Sarawak pada 1 Ogos akan dikuarantinkan dan ujian covid akan dijalankan. Dan aku tiba di Kuching pada pagi Raya Haji iaitu 31 Julai 2020. Kami tak perlu kuarantin dan apabila tiba di sana, kakak kakak ku paksa kami mandi. Perjalanan kami bermula pada malam 30/7/2020 sebab flight kami jam 7 pagi pada 31/7/2020. Kami tidak mungkin dapat menggunakan ERL pada subuh 31/7/2020 kerana tak sempat. Jadi, aku plan untuk tidur di Capsule Hotel di KLIA2 pada malam 30/7/2020. Capsule Hotel  ni boleh cater family macam kami ye. Cuma tak best sebab bilik dia agak panas sikit sbb dia sedut udara luar masuk ke dalam. Coverage phone plak tak ada and