Skip to main content

Posts

Showing posts with the label LOA

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2020

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan  Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Pada tahun ini (2020), akan menjadi memori umat Islam seluruh dunia kerana tiada tarawih di masjid, tiada bazaar ramadhan, dan tiada berbuka puasa dengan sahabat dan family sendiri bagi yang duduk jauh daripada keluarga.  Jangan sedih, InsyaAllah ada hikmah. Sekiranya diberi kesempatan pada tahun depan. Saya akan tulis hikmah apa yang berlaku puasa kali ini. Puasa kali ini, kita mungkin berpuasa dan beribadah dengan lebih tenang. Solat tidak terkejar kejar, bacaan Al Quran tidak terkejar-kejar. Mungkin yang boleh melakukan kerja sambil menonton TV boleh mendengar ceramah sambil buat kerja. Ambillah kesempatan ini, kerana kita sentiasa mendoakan agar Ramadhan kali ini lebib bermakna.  Ambillah masa yang Allah swt berikan. Ambillah sebanyak masa itu untuk menghayati Ramadhan kali ini. Kita sentiasa membaca di FB, ada syarikat yang begitu baik ketika Ramadhan...

Kuasa Syukur

Bismillahirahmanirahim.. Dan (ingatlah) sewaktu Tuhan kamu memperingatkan, 'jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur, maka azabKu amat berat sekali' (14:7) Begitulah dalam Al-Quran pun ada cakap tentang syukur. Apa yang anda faham tentang syukur? Pada satu ketika dulu, syukur bagi saya adalah apabila saya mendapat atau doa saya tercapai, ketika itulah baru saya akan merasakan nikmat syukur. Anda pula bagaimana? Ketika ini, apabila ilmu telah disuluh tanpa diminta seperti yang pernah saya cerita dalam link ini-->  ilmu . Saya telah belajar besar kontex syukur dan rezeki. Mengapa syukur itu penting? Sudah diterang dalam ayat di atas. Tetapi anda tidak faham lagi macam mana syukur itu berfungsi. Syukur sangat membantu dalam perubahan yang lebih baik untuk diri kita, kerana ia betul-betul membantu mereset minda (macam Prof Muhaya selalu tekankan) kita untuk tidak befikir negatif. Sekali anda mereset min...

Belajar untuk tukar pandangan

Bismilahirahmanirahim.. Agak lama tak menulis tentang LOA, kali ini I sambung ya. I cuba tulis lebih santai na. I cuba I cuba..huahuhaua. Sepanjang 'berehat' daripada menulis ini, tak ada lah saya terus bercuti daripada membaca. Reading is my passion. How I wish I own a book store and lots of books that I can share even that I would not read all of it! pray for me! Ada satu buku ni saya baca, salah satu isinya sangat menarik. Ia menceritakan bagaimana setiap orang ada persepsi sendiri terhadap satu kejadian/perkara yang sama. Cara anda melihat dan membuat sesuatu kesimpulan terhadap kejadian itu, menunjukkan apa ada dalam hati anda. Maksud di sini, dalam bentuk cerita, kawan anda post gambar di IG dia sekarang menikmati makanan di satu kafe di KL - daripada sudut positif anda selepas melihat gambar itu anda akan kata macam menarik kedai ini, boleh cuba ni. Daripada sudut negatif pula, tak habis-habis makan tempat mewah nanti hujung bulan bising cakap tak de duit. Nampak...

Rancanglah hari anda

Bismilahirahmanirahim. Rancanglah hari anda.  Mengapa? Kerana anda akan nampak perjalanan anda pada hari tersebut. Jadi? Anda tidak kelam kabut dan anda akan jadi lebih produktif. Anda akan dapat ubah hidup anda. Betulkah? Iya betul. Tak kan anda ingin selamanya berkejaran dan tidak cukup masa. Padahal anda punya masa sebenarnya. Memang betul. Kita hanya merancang, Allah akan menentukan. tetapi tidak salah kita merancang. Apa kaitan dengan LOA? Apabila kita merancang, kita sudah bersedia menghadapi hari esok.  Contoh, esoknya kita ada appointment pukul 10 pagi, kita sudah tahu nak sampai sana akan ambil masa berapa lama, jadi anda boleh tahu nak gerak pukul berapa dengan ambil kira keadaan trafik dan sebagainya. Anda tahu anda siap berapa cepat, jadi anda sudah boleh estimate bila anda akan bangun dan bersiap. Jadi tidak perlu anda kelam kabut. Kerana kelam kabut dan takutnya lewat tiba untuk appointment menjadi kerisaun dan akan menyumba...

Cepat atau lambat?

Bismillahirahmanirahim.. Doa, hajat, permintaan. Sebab kita ingin masuk syurga - kita doa kepada Allah SWT jauhi neraka mintak syurga. Di dalam doa juga kita masuk kan hajat - kita ingin kan jodoh, jadi kita mintak jodoh kepada Allah SWT begitu juga dengan permintaan - kita inginkan sebuah kereta, kita doa mintak kereta kepada Allah SWT. Sekiranya anda mengikuti penulisan saya berkenaan LOA sebelum ini, anda harus tahu, dalam berdoa itu ada teknik nya. Selepas itu apa anda perlu buat. Kemudian anda bertanya... Anda bertanya, berapa cepatnya Allah SWT akan makbulkan doa, hajat, permintaan kita? Jawapan paling mudah saya boleh jawab, beserah kepada Allah SWT kerana dia Maha Mengabulkan. Hanya dia Maha Mengetahui bila dia akan makbulkan doa kita. Mesti anda kecewa bukan kerana anda begitu yakin dengan teknik ini, tetapi saya tidak menjaminkan kecepatan doa anda itu. Saya ingin anda faham, Allah SWT sentiasa menguji hambaNya, jadi ada doa kita petik jari terus dapat, ada doa ki...