Bismilahirahmanirahim.
Rancanglah hari anda.
Mengapa?
Kerana anda akan nampak perjalanan anda pada hari tersebut.
Jadi?
Anda tidak kelam kabut dan anda akan jadi lebih produktif. Anda akan dapat ubah hidup anda.
Betulkah?
Iya betul. Tak kan anda ingin selamanya berkejaran dan tidak cukup masa. Padahal anda punya masa sebenarnya.
Memang betul. Kita hanya merancang, Allah akan menentukan. tetapi tidak salah kita merancang.
Apa kaitan dengan LOA?
Apabila kita merancang, kita sudah bersedia menghadapi hari esok.
Contoh, esoknya kita ada appointment pukul 10 pagi, kita sudah tahu nak sampai sana akan ambil masa berapa lama, jadi anda boleh tahu nak gerak pukul berapa dengan ambil kira keadaan trafik dan sebagainya.
Anda tahu anda siap berapa cepat, jadi anda sudah boleh estimate bila anda akan bangun dan bersiap. Jadi tidak perlu anda kelam kabut.
Kerana kelam kabut dan takutnya lewat tiba untuk appointment menjadi kerisaun dan akan menyumbang anda membawa kereta dengan tidak betul dan akan menyakitkan hati orang lain. Mulalah anda kata tidak punya masa yang banyak, salahkan trafik jem pula. Bukankah kalau ingin berjaya jangan beri sebarang alasan?
Sekiranya anda sudah merancang, tetapi tidak seperti dirancang, cari punca nya, perbaiki rancangan anda. Cari hikmah dan sisi positif.
Saya juga sering merancang sekiranya esoknya ada appointment atau ada plan. Ataupun nak beli apa ke, jadi masa tidak terbazir begitu sahaja. Dan sangat terbukti tiadalah kita sering bergaduh dengan pasangan kita kerana tidak tahu nak kemana dan makan mana.
Terima kasih.
Comments
Post a Comment