Skip to main content

Posts

Showing posts with the label about me

My Financial Journey 4.0

  Assalamualaikum.. Post kali ini agak lambat or sememangnya I jenis lambat sikit nak buat write up. I've been thinking whether I would like to share or not my Nov20 expenses. Atlast, here I am writing in my blog to review my Nov'20 expenses. Nothing much to review. Kalau ikutkan, I managed to spent below my total cash I received in Nov'20. Means, I ada surplus for this month. Tapi tak banyak around RM200 plus. Another good thing is, I managed to do some saving in bank here and there. The downside pulak, a few of item which I dah budgeted, dah burst. Punca-punca overspend nie mestila disebabkan melayan nafsu, and asyik terfikir fikir kan benda yang nak dibeli tu. So, rule yg orang cakap, if lebih 3 hari u lupa pasal barang tu, means it is just a want not need. Hahaha.. entahla barang I beli tu more to want je sebab till today, tak de I pakai sangat. Bagi husband guna adalah. hahahaha. Salah satu I tak spend more than my income in Nov'20 sebab most of purchase was throug...

My one of Procrastinate Story

  Assalamuailaikum, Sis terbaca satu topic berkenaan dgn procrastinate ataupun mendelay kan sesuatu. So kali ni sis nak share pasal cerita sis telah mendelaykan sesuatu and macam mana sis settlekan. Masa awal bulan Oktober, husband sis bagitahu ada surat drpd LHDN untuk sis.  Sis ckp: okay, nie mesti surat cakap refund duit dah masuk. LHDN biasa bagi duit dulu baru anta surat.  Tiba-tiba ada satu minggu tu, sis terdetik nak bukak surat daripada LHDN tu. Giler terkejut apabila sis baca, LHDN mintak sis byr cukai pada tahun 2017 and 2018. Setahu sis, sis dah declare and sis pun dah dapat refund balik. Happened to be that day was Saturday and of course office tak bukak, and which number to call pun sis tak tahu. Buat sis lagi tak keruan sebab sis tak boleh buat apa-apa selain tunggu Isnin (itulah dia delay to open the letter). Sis baca balik satu-satu and cuba faham surat drpd LHDN tu sebab sis nie jenis tak boleh baca too many words.Lepas tu sis tak faham apa yang surat tu ...

Financial Freedom Journey 1.0

 Assalamualaikum.. Kali ini, sis nak cerita pasal my financial freedom journey. I just started and I want to record it here. Banyak giler tips sis baca and any apps pun u guna, they will required you to have a budget. So here I am, creating budget to myself. It is really hard to start with but alhamdulillah I made it. Sis berjaya create budget. Why the first step is the hardest apabila nak buat bajet?  Sebab, apabila kau buat bajet based on kebanyakan financial advised - contoh: 10% saving, 10% entertainment and so on. Then kau sedar, that hutang kau dh over bajet kalau guna allocation macam tu. Kau pun putus semangat nak buat. Itulah yang terjadi kat sis. Huhuhu Apabila sis dah tersangkut, sis learnt from my work apabila kita based on previous spending buat bajet. So dekat sini kita kena track spending. Track spending ni memang susah, but inilah step pertama yang sis ambil.  Jujur sis cakap, sis dah berapa kali cuba track spending tapi selalu gagal. But this time, sis gu...

Kisah Bag Aku (Bag Story)

Kali ini, aku nak cerita pasal beg nie. Beg nie aku beli pada tahun 2012 kat Melaka. Masa tu aku pergi Melaka dengan girlfriends - macam bachelorette getaway lah. So bag nie dah masuk 7 tahun and masih bertahan sampai hari ini. Kalau kau compare gambar atas dengan bawah, butang tu sebenarnya dah tercabut. Entah apa anak aku buat, agaknya die gentel-gentel sampai tercabut butang tu. Sedihla jugak beg hilang butang, nampak cacat pulak. Aku ada 2 beg sling macam nie, yang 1 lagi aku beli kat Padini and aku dah buang sebab kulit die dah mengelupas. Beg macam nie bagus untuk bawak travel if kau ada anak yang kena dukung. Senang untuk kau nak amik barang walaupun kapaisti die tak besar mana. Tapi muat untuk kau letak apa yang penting.  Cerita dia, aku nie jenis yang skeptikal dengan barang yang takda brand tapi jual dengan harga mahal. Masa tu, gaji aku tak besar mana, so aku sangat berkira kalau nak beli barang mahal. But this bag prove otherwise. Sebab aku beli beg nie below RM100, abo...

My Down Time 2.0

Few weeks ago, I was being temporary transferred to other site located in KL. That particular site is one of the most challenging site because of the client is quite demanding.  Most of my friends and colleague were really unsupported about it including my partner. They were really shocked and not happy for it. They started to give negative comments on the situation and it has worsened my mood which I was not in  a good state of mind. The instruction from the head is clear - I must go there next week (short notice). Let me explain on my position in my company, I am not attached to any site with client at that time. Management has agreed to release me from my previous site that time and has appointed my other colleague to supervise my previous site. So I will be focusing on 'company' property rather than client property.  My new manager that time informed me that they will release me once they get new staff. They have managed to hire a new staff which he is se...

Yoga Class untuk Azam 2018

Salah satu azam saya ialah bersenam untuk kesihatan badan. Pada awalnya, saya nak joging jer. Kononnya nak joging sekitar perumahan. Erm, risau pulak kan nanti tak istiqamah sebab nak cari masa bila nak jog? Lepas tu, macam takut pulak nak jog sorang2 kat kawasan perumahan nie. Huhuh.. Kalau nak ajak husband, anak nya kena kejut sekali sebab takde orang nak jaga. Tengok! sampai begitu sekali benda nak fikir setakat nak bersenam. Kemudian saya ada satu idea! Apa kata saya daftar kelas. Seronok jugak kalau nak pegi kelas zumba. Berpeluh peluh. Saya suka peluh sampai basah satu badan. Mula la hunting kelas zumba hanya untuk perempuan dan lokasi di Shah Alam. Sebelum hunting bersungguh, fikir pulak aduh! kena beli kasut sukan untuk berzumba..huhuhu..kena g mall nie carik..Hahaha..macam malas pulak kan nak g mall. Last-last saya rasa nak masuk kelas yoga. sebab masa tu macam stress kerja semua. Yoga nie kan macam konon-konon boleh tenang kan diri. So hunting lah tempat yg offer...

TAKUT / FEAR

Tiba-tiba macam rasa nak tulis tentang 'FEAR' dalam melayu nya ---- TAKUT. Mengapa? sebab saya seorang yang penakut. Takut mengenali orang baru. Takut nak drive ke tempat yang baru. Takut nak bercakap dengan orang baru. Takut dengan bos bos besar. Takut nak menonjol kan diri. Takut untuk gagal. Banyak sangat benda saya takutkan dan risaukan. Dan ini sangat tidak bagus. Bagaimana saya atasi ketakutan ini? Kebanyakannya ialah proses semula jadi iaitu melalui keterpaksaan. Saya tidak suka pergi team building atau tempat baru kerana saya akan rasa stress untuk mengenali orang baru. Tapi saya sentiasa menyertai aktiviti, belajar di mana tiada kawan-kawan saya. Saya tidak suka bawak kereta di tengah-tengah KL dan di mana pemandu nya macam orang gila. Akhirnya saya bekerja di Jalan Duta satu ketika dulu. Dan pernah keterpaksaan drive masuk KL dan rupanya not bad drive in KL. Saya tidak suka bercakap dengan orang yang baru kenal, tapi saya lagi tak suka the ...

2018: RESOLUTION - ITS MY LIFE

Assalamualaikum Bismillahirahmanirahim.. Every year, kalau u nak start with your azam, u need to review back ataupun muhasabah balik your last year resolution. Jadi, u boleh memperbaiki apa yang salah, dont just keep on playing the same strategy and you will die along the battle. Last blog ---> 2018-resolution-muhasabah , I dah cerita bits by bits what went wrong. This year, ada jugak sikit azam lama, dan ada jugak azam baru. Mengapa ada pertambahan and mengapa I tak focus jer dengan main azam? First - I want to use new strategy, dengan pertambahan azam yang kecik2, achievable resolutions, ini akan ingatkan I, I ada azam yang perlu dicapai tahun ini. Let see if I am able to achieve easiest goals and committed to it until the end of the year. Second - Apabila kita boleh buat goals yang paling senang, kita dah boleh move on to next goals. Kita pun jadi lebih happy dan lebih semangat nak buat next goals. At least you ada pencapaian on that year even the biggest goals you ...

2018: RESOLUTION - Muhasabah

Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirahim.. Pantas masa berlalu, kita dah masuk tahun baru. Apabila saya scroll2 carik posting azam 2017, rupanya tidak ada. Patutlah tahun 2017 macam huru hara sikit. Mengapa pentingnya azam setiap tahun? Untuk anda tahu arah tuju anda pada tahun tersebut, bukan setakat arah tuju, apa yang anda ingin capai. Kalau anda tidak tahu apa yang anda ingin capai, hidup anda akan jadi kucar kacir macam saya. Actually, ada jer azam 2017 - cuma lebih kurang sama dengan 2016..Hahahaha.. pernah dengar tak ayat 'lebih kurang sama dengan tahun lepas?' Tahun lepas, saya dapat satu keyword penting apabila pegi company teambuilding (walaupun teambuilding tu saya bole rate 3 bintang je- bosan sangat!). Keyword dia - change strategy - apabila anda asyik guna method yang sama, tapi tak nampak hasil yang diharapkan, tukar strategy anda. Dont waste your time, change your strategy! Jadi, di sini, muhasabah penting! Recall balik what went wrong with your...

Berperang dengan nafsu

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Kalau ikutkan gaji masuk 27, dengan bersangka baik dan mengharapkan gaji masuk semalam iaitu 25. Hampa, hari ini pun gaji tak masuk lagi. Expo berleluasa. Memanggil manggil untuk pergi.Tapi gaji tak masuk lagi, duit makin susut dan cukup-cukup cover untuk beberapa hari lagi. Nafsu kata: Kad kredit kan ada, swipe je lah Lisa uii. Akal kata: Ko nak gali lubang lagi? Ko kan nak financial free. Ada banyak lagi ko kena settle. Lagi nak swipe?? Hokay, sis duk diam diam kat Shah Alam. Bawak anak gi taman dan window2 window jer. Nafsu kata lagi: Jarang dapat harga macam offer kat expo/sale! Rugi sangat kalau tak pergi, kena pergi nanti rugi! Akal kata: Rezeki itu Allah swt bagi, InsyaAllah bila tiba masa, dapat jugak beli nanti cuma mungkin harga tak sama macam expo/sale. Mungkin bukan keperluan dan hanya nafsu sahaja. Atau mungkin sekarang tak perlu lagi. Ya Allah, susah nak berperang dengan nafsu wahai pembaca! Ini lah dialog yang bermai...

Stepping Stone: Kenal kenal dengan Lisa (urus hutang Lisa)

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum.. Ada add kita kat FB or IG? sebab Lisa baru share Lisa nya progress dalam settle hutang CIMB Credit Card Lisa. Quite a progress and Lisa will keep on going and would like to achieve target! FB: Fadzlisa Morni IG: @lisamorni Kalau anda tekan jer google 'how to settle debt?' banyak hit kat google akan keluar. Lisa dulu tak macam tu. Lisa bukan google pasal debt. Lisa google pasal macam mana nak buat income jer. Lisa just nak cepat kaya and banyak duit jer.. sangkut sebab tak jaga cash flow dan main swipe jer kat nokzzz.. Lisa nak ucap TAHNIAH! kepada rakan-rakan Lisa yang tak pernah guna credit card. Sebab the power of credit card dalam purse akan menaikkan temptation of buying! Its true you know.. tak kisah la kau nye income berjuta, kalau kau spend lebih daripada income. Hutang jugak lah jawabnye! Kepada kawan-kawan Lisa yang membaca sekarang ni.. Kalau korang nak tahu rahsia langsaikan hutang cepat dan efektif....

Pengurusan Wang Peribadi (Financial Management)

Bismillahirahmanirahim, Pada tahun pertama Lisa mula kerja, dapat gaji bermula dengan angka 2 memang sangat tak diduga kerana rata-rata kawan yang lain masa tu dapat gaji angka 1. Worse, ada yang dapat kurang daripada angka 1. Tetapi masa tu, asal dapat kerja kami kerja jer, tak da nak memilih. Mengapa? Gaya hidup masa tu tak macam sekarang. Pengurusan wang Bermulalah membayar hutang pengajian, sewa rumah, bill sendiri selepas ayah tahu anaknya dah dapat kerja. Masa tu (2010) dapat gaji angka 2 memang heaven. Memang rasa banyak la kan sebab kalau zaman studi, angka 2 untuk belanja dalam 3 bulan..hehehe..Jadi, sepatutnya pengurusan wang bermula dari sini. Apa kesilapan terjadi di sini? Hutang Pengaruh dulu tak lah sehebat sekarang, tetapi.. kuasa membeli memang sangat kuat. Maksudnya, dulu pembelian secara on9, macam2 platform yg bole mempengaruhi kita untuk membeli. Tetapi Lisa telah mencipta hutang dengan adanya Kad Kredit. Timbul keinginan nak guna kad kredit sebab Lis...

Pet Peeves!

Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim. Pet Peeve:  something that a particular person finds especially annoying. Setiap orang ada perkara yang dorang rasa annoyed sangat, sehingga boleh menyebabkan marah. Ada orang akan rasa, benda kecil je tu, kenapa harus marah? Beb! kau bukan aku, aku bukan kau. Macam haritu, Sofea mengotorkan bajuku apabila kami sedang outing! Terus ku rasa nak marah jer. Encik Suami terus menegur, kalau I, u akan cakap 'mengapa nak marah? benda kecil kot. Nie sekarang u nak marah marah dah kenapa?' Hokay, defensive mode on 'Benda u marah tak da efek sampai ke petang, ni kita nak keluar ni, I nak pakai baju nie sampai petang kot!' hahahaha.. for sure u oll yang baca, u oll akan cakap -- my husband is correct.   This just a reflection jer, benda dah lepas. But for sure, some people trigger to certain thing differently. Jadi, Lisa nak share few things yang annoyed Lisa sampai tahap tertinggi!!! Lisa Top 3 Pet Peev...