Mengapa?
sebab saya seorang yang penakut.
Takut mengenali orang baru.
Takut nak drive ke tempat yang baru.
Takut nak bercakap dengan orang baru.
Takut dengan bos bos besar.
Takut nak menonjol kan diri.
Takut untuk gagal.
Banyak sangat benda saya takutkan dan risaukan.
Dan ini sangat tidak bagus.
Bagaimana saya atasi ketakutan ini?
Kebanyakannya ialah proses semula jadi iaitu melalui keterpaksaan.
Saya tidak suka pergi team building atau tempat baru kerana saya akan rasa stress untuk mengenali orang baru. Tapi saya sentiasa menyertai aktiviti, belajar di mana tiada kawan-kawan saya.
Saya tidak suka bawak kereta di tengah-tengah KL dan di mana pemandu nya macam orang gila. Akhirnya saya bekerja di Jalan Duta satu ketika dulu. Dan pernah keterpaksaan drive masuk KL dan rupanya not bad drive in KL.
Saya tidak suka bercakap dengan orang yang baru kenal, tapi saya lagi tak suka the silent. Jadi saya akan sentiasa membuka topik. Dan akhirnya saya diberi label ketua mak cik bawang. hahahahah
Saya tidak suka bercakap dengan bos bos besar, tak kira bos sendiri ataupun orang itu bos kepada syarikat. Akhirnya sekarang menjaga rumah bos bos besar dan kenamaan.
Saya tidak suka menonjolkan diri kerana saya seorang yang introvert. Tapi saya harus menonjolkan diri agar saya tidak dilupakan. huhuhu
Saya tidak suka gagal kerana ingin sempurna, tapi saya harus menerima hakikat untuk belajar drpd kesilapan.
Keterpaksaan dan minat kadang-kadang membuatkan saya lupa yang saya takut. sebab saya kadang-kadang tidak berfikir panjang dan terus cakap yes. Tapi kemudiannya takut.hahaha..
Dalam proses itu, saya memaksa diri untuk menghadapi. Proses berulang-ulang dan takut itu masih ada. Oleh itu saya bersyukur I have very strong support system.
Comments
Post a Comment