Bismillahirahmanirahim..
Dan (ingatlah) sewaktu Tuhan kamu memperingatkan, 'jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur, maka azabKu amat berat sekali'
(14:7)
Begitulah dalam Al-Quran pun ada cakap tentang syukur. Apa yang anda faham tentang syukur?
Pada satu ketika dulu, syukur bagi saya adalah apabila saya mendapat atau doa saya tercapai, ketika itulah baru saya akan merasakan nikmat syukur. Anda pula bagaimana?
Ketika ini, apabila ilmu telah disuluh tanpa diminta seperti yang pernah saya cerita dalam link ini--> ilmu.
Saya telah belajar besar kontex syukur dan rezeki.
Mengapa syukur itu penting? Sudah diterang dalam ayat di atas. Tetapi anda tidak faham lagi macam mana syukur itu berfungsi.
Syukur sangat membantu dalam perubahan yang lebih baik untuk diri kita, kerana ia betul-betul membantu mereset minda (macam Prof Muhaya selalu tekankan) kita untuk tidak befikir negatif. Sekali anda mereset minda, anda akan kurang mengeluh, kurang komplen akhirnya jadi tiada. Sekiranya masih lagi sama, anda harus kuat lagi untuk mereset minda anda.
Back to the main point, anda ingin tahu lebih apa kontek syukur yg lebih besar itu.
Paling mudah, tentang syukur dengan ketuhanan, kita diajar sebelum tidur sebut basmalah, apabila bangun alhamdulillah. Mengapa anda rasa kita perlu bersyukur?
Kerana kita hidup sekali lagi, kerana kita dapat menikmati hari yang baru. Anda tidak rasa kah hari yang baru anda satu nikmat bagi kita? Cuba anda bayangkan.... esok anda bakal berkahwin, esok anda akan pergi melancong. Malam ini anda tidur, tiba-tiba anda lumpuh langsung tidak boleh bergerak, ataupun anda tidak sempat tidur pun anda mengalami kemalangan. Bukan kah penting hari yang baru?
Point ringkas yang kedua, sebelum makan anda sebut basmalah, habis makan anda sebut alhamdulillah. Jarang kita dengar alhamdulillah itu kerana kita hanya ucap apabila kita betul-betul kenyang. Di sini anda rasa mengapa pula kita harus bersyukur?
Sebelum kita makan dan selepas kita makan, kita harus bersyukur, kerana rezeki sampai kepada kita, kemudiannya Allah SWT telah menghilangkan lapar kita. Tetapi kita jarang mahu melihat konsep syukur yang mudah ini. Apabila kita bersyukur kita akan lebih menghargai makanan kita.
Untuk anda lihat bagaiman kuasa syukur ini daripada pandangan lain pula, apabila kita ditimpa musibah atau ujian daripada Allah SWT. Anda pasti mencari hikmah sebalik kejadian, dengan bersyukur anda pasti dapat mencari hikmah disebalik ujian itu. Contoh, pernah sekali berlaku 'blackout' di pejabat, masalahnya blackout hanya terkena pada unit kami sahaja. Apabila technician datang untuk periksa (dia datang lepas 1 jam insiden), rupanya main switch terbakar. Perkara lebih teruk mungkin akan berlaku, tetapi hanya blackout telah menyelamatkan kami. Bukankah kami harus bersyukur?
Anda usah berbangga dengan teknologi dengan berkata, memang akan auto blackout lah and so on. Kerana teknologi datang daripada manusia, manusia tidak sempurna. Jadi kita harus bersyukur setiap detik.
Jadi di sini, dengan bersyukur, membantu kita melihat hikmah sebalik kejadian, membantu kita merest minda, membantu kita agar berubah. Sekiranya anda tidak percaya, sebelum anda tidur harini, carilah perkara yang anda boleh bersyukur yang telah berlaku.
Terima kasih
Comments
Post a Comment