Skip to main content

my pendapat --> harga petrol naik 20sen seliter

Salam,

harga petrol naik 20 sen sbb subsidi dikurang 20 sen. pandai betul 'mereka-mereka' buat ayat. pastu semua la up status kat FB marah kerajaan.

siapa tak marah kan? naik 20 sen, kacau perbelanjaan sedia ada. gaji tak naik..kalau gaji naik 20 sen lagi la tak membantu. tapi kalau marah pun tak guna kalau tiada penyelesaian.

petrol naik sebenarnya lebih efek kat golongang yang berpendapatan rendah, anak-anak yang ramai dan seterusnya. mereka lebih layak untuk menyuarakan ketidakpuas hati mereka sebab mungkin harga barang lain akan naik. saya bukan la pakar ekonomi, tapi logik la kan, barang barang kat kedai tu macam mana boleh sampai kat kedai kan?

Saya sakit hati tengok orang yang up status ni, kutuk konon nya bercakap bagi pihak golongan tak mampu. tapi sebenarnya bercakap bagi diri sendiri. ya betol saya marah. kemarahan bukan dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan cepat. bukan nya berjuta juta rakyat malaysia up status macam tu, terus PM turun harga jadi RM1.

hari-hari denga orang duk cerita pasal kerajaan begini dan begitu, denga plak kebencian sebab subsidi dikurangkan. tapi saya selalu berpegang kepada sesuatu semasa saya kerja,

' kalau nak berjaya, jangan beri alasan'
'jadikan masalah itu satu peluang'

macam mana tu?
situasi sekarang ni --> harga petrol naik, tapi gaya hidup masih nak bergaya. 
saya pernah tulis sebelum nie, gaya hidup kita ni memang akan sentiasa up up macam gaji kita..hohoho

tapi, harga petrol naik, pernah tak kita cari jalan macam mana nak kurangkan perbelanjaan?
harga petrol naik, masih jugak duk breakfast kedai mamak (padahal dah tahu harga air mesti naik), saya sendiri dulu beli roti, horlick bancuh sendiri kat ofiz sebab ada pantry. kalau saya teringin jer saya akan ikut budak ofiz bfast kedai mamak.

harga petrol naik, masih jugak kan u oll beli starbuck (harga air yg mahal itu), coffee house, tempat makan yg posh. sanggup pegi jauh sebab nak makan jugak coconut shake klebang tu. kurangkan lah aktiviti2 begitu.

kalau teruskan pasal harga petrol naik ni, tak abiz list nye.... 

jujur saya cakap, kalau dulu mmg saya gila buat perkara2 kat atas, tapi nak survive kan? ayah dah xbagi duit belanja sebab dah ada gaji. nak survive sebab nak byr hutang kedit kad. banyak benda saya dah cut, jarang saya beli baju baru, kalau beli pun saya akan beli baju yg murah. kalau beli yg mahal pun, ada rezeki lebih lah tu. 

please learn to find a way, not an excuse. kalau hari2 kita duk memekak kt fb or kat kedai kopi. kena bayar jugak tu, byk 20 sen kena bayar. hahahahaha..oklah..kalau anda setuju dengan cara saya, im happy. kalau anda nak teruskan kemarahan, saya tidak menghalang, tapi dengan syarat, buat lah sesuatu utk kami utk masa depan yg lebih baik!


Comments