Malam ini saya kena sedia kan 2 blog sebab memang tersangat special sebelum berakhir nya 2014 esok. Sekiranya pembaca sekalian ada follow my IG (@lisamorni), anda boleh agak siapa lah baby AS nie. Saya rasa saya nak share dia punya perkembangan. Sekiranya anda pembaca setia saya, anda tahulah AS nie lahir dalam tak cukup bulan. Alhamdulillah dia sehat, dan dia masih menyusu badan.
Sekiranya mengikut kiraan perkembangan dia, umur dia setahun 1 bulan. Kerana bukan 'full term'. Doktor menasihati agar perkembangan di nilai secara begitu, jadi jangan lah ibu bapa yang ada bayi pre term ini rasa gusar. Tahukah anda bayi anda dapat merasakan naluri hati anda? Setiap sentuhan belaian adalah kekuatan mereka, antibodi mereka. Itulah fitrah manusia. Bukan bayi sahaja..
Cukup, kembali kepada cerita asal.
Alhamdulillah, AS tidak lah mempunyai apa apa masalah yang perlu dirisaukan. Cuma beberapa bulan yang lepas, dia didiagnos menghidapi anaemia, doktor memang mengatakan, bayi pre term memang cenderung terkena anaemia kerana pre term lah..huhuhu.. faham tak? macam buah tak masak lagi, begitulah hasilnya. Perkembangan si bayi ketika di dalam kandungan belum siap, dia dah keluar. Jadi ibu yang mengandung jangan keluh gelisah bila anda tak beranak lagi bila baru 37 minggu dan seterusnya. Bersabar lah wahai ibu yang mengandung.
AS masih tidak boleh berjalan sendiri, dia sangat manja bagi saya, gemar memegang tangan ketika berjalan, walaupun penat, tetapi tetap gigih janji emak dan ayah nya memegang tangan nya. Berbanding rakan rakan nya yang lain, dia agak ketinggalan dari segi berjalan. Tetapi emak yang positif selalu berpegang yang apabila dia besar nanti, nak lagi ke dia pegang ibu nya? sekarang pun dia cukup lasak, entah bagaimana bila dia dah pandai berjalan? Oh anak ibu harus tambah stamina agar boleh masuk maraton.. EH?
separation anxiety, ya AS sedang mengalami separation anxiety, main perlu diteman, ke mana mana perlu diteman. memang agak susah. tetapi sekarang duduk di kampung, kerja rumah tak payah buat..huhuh..jaga anak jer lah ya. Saya akan cuba teknik yang di ajar di internet. sekiranya berkesan, I bagitahu lah yer.
AS memang pandai meniru sekarang. Pandai tiru ayahnya yang selalu cakap di telefon. pandai ikut mak nya kenyit kenyit mata. dia masih belum lagi dapat kaitkan apa yang di sebut dengan yang di tunjuk. Gigi nya dah tumbuh banyak. dah ada gigi geraham. makin sedap ko makan kan AS.
Itu je lah yang emak nya ingat. Nanti bila ada lagi, saya cerita lah ya.
Nak tengok gambar pegilah lah ke IG. Terima kasih

Comments
Post a Comment