Bersyukur Saat Di Uji di tulis oleh Tuan Muhd Kamil Ibrahim. Jangan di tanya mengapa kebelakangan ini saya mereview buku begini. Buku tentang pengalaman, buku bukan berbentuk fiksyen. Elok lah kita membaca buku begini kadang kadang agar kita berpijak di bumi yang nyata!
Beberapa minggu lepas saya telah menonton ulangan Semanis Kurma di mana Prof dan isterinya di jemput, pada masa itu saya tidak tahu siapa kah gerangan mereka. Apabila mereka bercerita tentang mereka, mengingat kan beberapa tahun lepas saya telah membaca buku Prof tentang Travelog Haji. A good reading untuk mereka yang ingin mengerjakan haji buat kali pertama.
Buku ini mengisar kan tentang Prof sendiri telah di uji dengan bencana banjir. Bagaimana Prof telah menghadapi banjir tersebut, dan seterusnya Allah SWT telah memberi rezeki yang cukup istimewa untuk mereka sekeluarga. Tawaran bekerja di Madinah. Tuan tuan dan puan puan, mungkin anda rasa tiada istimewa nya Madinah itu, itu hanya untuk orang yang tidak pernah mengerjakan haji atau umrah. Tetapi bagi tetamu tetamu Allah SWT yang telah dijemput, rindunya untuk kembali ke Raudah, rindunya solat di Masjid Nabawi, rindunya melambai kaabah, biarpun seketika, rindu tetap ada.
Cukup saya menceritakan rindu ku pada rumah Allah SWT. Apa istimewanya buku ini?
Wahai pembaca, walaupun buku ini menceritakan kisah Prof Kamil, tetapi bukan kah kita juga di uji oleh Allah SWT tetapi cara lain. Ketika kita di uji, saat kita di uji, kepada siapakah kita mengadu? Kita kan mengadu kepada pasangan kita, sahabat kita, ahli keluarga kita bukan? Jarang sekali kita akan terus menadah tangan terus kepada Nya, mengadu kepada Nya. Prof ada menyebut dalam buku ini, jemaah berkurang selepas banjir, anda fikirlah sendiri.
Ingin saya kongsikan pada hari Jumaat ini, pernah berlaku pada jam antara 12.00pm - 2ptg, datang nya kontraktor melayu ingin mengambil kunci dan ingin technician menunjuknya di mana bilik untuk kunci itu. Saya kata technician lain pergi makan, technician melayu pegi solat jumaat. Maaf saya memang kadang-kadang naik suara, saya berkata, abang pergi lah solat jumaat dulu, nanti lepas tu balik. Ya Allah, pelbagai alasan dia enggan kembali dan pergi solat Jumaat.
Apa yang saya ingin kaitkan di sini dengan cerita prof ialah, ia boleh dikaitkan dengan isi kandungan buku Mudahnya menjemput rezeki. Apabila masuk waktu, solat lah kita dulu, usah lah kita sambung kerja kita. Kalau anda nampak apa yang cuba saya kaitkan di sini.
masih tidak nampak? --- Mungkin mangsa banjir sibuk mengemas rumah nya sehingga lupa untuk pergi berjemaah. mungkin mangsa banjir tidak mempunyai pakaian yang elok atau sesuai untuk ke masjid. Saya selalu berpegang, sekiranya ingin berjaya, jangan bagi alasan!
Begitulah dengan buku menjemput rezeki menegaskan, tinggallah dulu kerja itu, solat lah dulu.
Buku ini boleh membantu anda mendalami kehidupan kita saat kita diuji, tidak wajar kita membandingkan ujian yang kita hadapi adakah lebih teruk atau tidak sama dengan apa yang telah terjadi kepada Prof. Sikit sikit kisah prof terjadi dalam kehidupan seharian kita, bacalah, hayatilah, insyaAllah akan membantu anda dan mengingatkan kita kepada Nya.

Comments
Post a Comment