Cerita kali ini berlaku sebelum kami (saya dan kakak ku) pergi training di Shah Alam, terlupa untuk menceritakan.
Iya, bisnes sendiri sangat seronok. Boleh berjalan bila-bila masa anda inginkan. Yang pasti pekerja anda amanah! Okay, tiada kaitan dengan cerita kali ini. Bermula apabila, selepas open day, saya perlu follow up dengan parents yang telah membayar 'registration fee' tetapi tidak datang untuk open day membayar dan memberi kata putus bila anak mereka akan datang menghadirkan diri. Sekiranya, emak ada hal, saya tidak pergi kerja kerana AS amat susah untuk di tinggalkan kerana dia memerlukan perhatian yang jitu. Duduklah engkau melayan dia sahaja dengan tidak boleh membuat kerja rumah.
Jadi, pekerja ku telah ku amanatkan untuk follow up. Tiba-tiba dia menelefon memberitahu ada parents akan datang untuk membayar selebihnya. Okay saya datang. Apabila parents tiba, ibunya datang dengan pakaian yang tidak sesuai dengan suasana kami. Tadika kakakku tadika islamik, pekerja nya haruslah islamik dari semua segi. Jadi anda faham-fahamlah tidak sesuai itu bagaimana. Okay, saya tidak kisah itu semua, mungkin mereka mengharapkan anak kecil mereka belajar sesuatu yang mereka tidak belajar (kerana begitulah keluarga ku dahulu). Begitu sedih apabila aku bersungguh memperkenalkan set LQ untuk anak nya, si bapa berkata, ini letak tepi dulu. Ya Allah! tergamam seketika aku mendengar. Begitulah isterinya mualaf, begitulah sang bapa yang tidak mahu anak belajar mengaji di usia muda.
Lagi sedih apabila aku ingat, tidakkah dia tahu tanggungjawabnya?
Tidakkah dia tahu nanti dia di hisab oleh Yang Maha Esa?
Tidakkah dia tahu beban yang akan dia tanggung?
Saya tidak faham kenapa parents sebegini masih mahu menghantar anak mereka ke tadika islamik? Iya memang bagus untuk perniagaan kakakku. Tetapi, adakah tujuan ibu bapa tercapai?
adakah mereka hanya mahu anak mereka membaca dengan cepat sahaja?
adakah kerana tadika kami paling dekat dengan dengan rumah mereka?
adakah kerana hanya mahu anak mereka pandai?
Jujur saya cakap, sekiranya saya throwback ketika zaman tadika ku. Saya belajar di tadika cina, ayahku ingin kami 4 beradik untuk belajar mandarin, jadi di hantar lah kami ke tadika sedemikian. Jauh dari rumah, naik bas hari hari. Nampakkan apa maksud saya. Kami tidak dididik tentang agama dari kecil.
Di sebabkan kawasan perumahan beradanya tadika tersebut, penduduk yang berbilang kaum, pelbagai ilmu dan pencampuran. Memang agak susah untuk menarik pelanggan. Itu bukan halangan, bak kata founder, niat itu penting. Niat untuk berdakwah dan mendidik.
Kembali ke cerita asal yang asyik tersasar. Secara positifnya, mungkin hikmah nya, dan mungkin mereka bertuah Allah SWT memberi hidayah secara halus dan tanpa mereka sedari, mereka datang menghantar anak mereka yang akan di ajar berlandaskan Islam. Dari anak kecil ini, mungkin memberi dan menunjukkan cara hidup yang betul kepada parents nya. Begitulah kata LC founder, daripada kecil kita didik, di mana ia masih lembut. Kita boleh ubah lagi. Jangan kita tutup sebelah mata untuk melihat keburukan sahaja. Kita tidak tahu mungkin mereka lebih baik dari kita. Marilah bersama kita berdoa agar mereka menerimanya dengan mudah.
Comments
Post a Comment