Saya dan si kecik AS baru balik daripada bercuti ke JB and Singapura. Lain kali saya update ya.
Di sebabkan sasaran ku ingin menulis 2 artikel setiap minggu, nah, sila baca.
Saya mempunyai kulit yang bermasalah dari kecik lagi. Memang sangat teruk. Mungkin eczema, mungkin penyakit kulit lain kot. Zaman dulu eczema tiada orang yang tahu. Yang tahu kulit ku sangat teruk. Teruk yang bagaimana? Dari kulit kepala hingga ke kaki.
Kulit kepala
Semasa kecik, sehingga la sekolah menengah. Kulit kepala ada kelumumur, tetapi lagi teruk sebab macam keruping. Kalau di garu, ia melekat betol di kepala dan kadang-kadang ia berkumpul di sebahagian kepala. Kalau di cabut, keluar air lah ia. Pada zaman itu, banyak kali jumpa doktor, asyik bagi syampo sahaja, masih begitu dan tidak surut. Rambut kadang-kadang terpaksa potong pendek,betol-betol pendek, pun masih begitu. Pernah bapakku botak di tengah, lepas rambut tumbuh macam itu juga (dengan rambut begitu pergi jamuan kawen, malu betol)
Telinga
Oh, telingaku, pun ada keruping juga, ber air air ia, melekit lekit. berbau plak tu. Oh azab, ntah datang dari mana itu semua. Pernah doktor bagi ubat sapu, kering lah ia, terus elok. Di cuci bersih bersih masa mandi pun tidak hilang. Ini seingat saya tidaklah lama seperti kulit kepala ku, sebab ia pernah elok kemudian datang lagi, berpunca daripa tebuk lubang telinga yang tidak elok lagi kemudian berdarah. merebak sehingga ke kepala. oh, ku terpaksa jumpa doktor kulit masa itu.
Kulit tangan dan kaki
Ini akibat kena gigit nyamuk di kampung, terus kulit jadi macam kudis. Oh..berbekas nya, memang sangat hodoh. Pada masa itu, saya pergi ke sekolah pakai pinafore sebab sekolah cina, kaki dan tangan memang nampak hodoh, memang boleh melemahkan jiwa walaupun hanya sekolah rendah. Ketika mengandung pula, kena gigit dengan bed bugs semasa tinggal di homestay cameron highland, oh gatal gatal. Nasib baik lepas mengandung terus elok. tetapi berbekas.
KINI, alhamdulillah semua nya telah pulih. Sekiranya ia datang lagi, saya tahu bagaimana untuk mengatasi dan punca nya. Dari kecik ku kena penyakit kulit, bertahun ku tidak tahu kenapa, atau mungkin sebab terlalu kecil sehingga tidak faham apa kata doktor. Mustahil, sebab kenapa ibu bapa ku tidak mencegahnya.
Ia, dapat dicegah semua itu. Dari kecik doktor hanya berpesan JANGAN MANDI DENGAN SABUN DETTOL/LIFEBUOY atau seangkatan dengannya. tetapi ini hanya ku tahu ketika masuk uni, doktor kata, apabila penyakit kulit ini datang, sebaik-baiknya jaga kawasan yang terkena kerana makin kita garu makin teruk jadi nya (untuk ada penyakit kulit macam saya -kulit sensitif) ia akan merebak. Maksudnya, jangam biarkan ia terluka, dah tahu gatal, kamu garu sehingga berdarah, memang ia akan jadi semakin teruk/semakin gatal. Begitulah masa terkena di telinga dahulu disebabkan telinga berdarah.
Kulit kepala elok sendiri selepas telinga telah kering dan tidak mengeluarkan air. Kebersihan kepala terus di jaga macam biasa. Tiada masalah. Kulit badan yang macam berkudis pada masa itu amat membimbangkan. Pakailah krim badan, tompok tompok juga. Ia pernah hilang sekali, dengan pakai sabun mandi SANEX. tiada di pasaran lagi. disebabkan sudah elok, aku pun selalu bertukar bertukar sabun mandi. tetapi, nyamuk suka gigit aku jugak, memang banyak parut, memang pening apabila SANEX sudah tiada. Pelbagai body bath telah dicuba. akhirnya ku mencuba baby Johnson, alhamdulilah, parut ku hilang, sekiranya digigit nyamuk yang berbisa itu, saya pakai je sabun itu. Itu sebab saya tidak pernah tukar sabun mandi dah. Kerana ia betol2 telah hilangkan bekas macam kudis itu. Dan juga ibu-ibu sekalian, garisan hitam di permukaan perut juga hilang TANPA menggunakan krim. Alhamdulillah saya tidak ada stretch mark jadi jangan tanya boleh hilang ke tidak. Mungkin sabun itu juga telah tolong saya mencegah stretch mark. Itu saya tidak pasti lah.
Setia ku menggunakan baby Johnson, tadi saya ada memberitahu aku digigit bed bugs, kesan gatal itu hilang lepas beranak, parut nya ada, tukang urut kata buruknya lah, mertua pun begitu, mak pun begitu. Begitulah aku pakai sahaja baby bath itu, walaupun ia tidak lah membuahkan hasil serta merta, yang hodoh itu telah hilang,
Comments
Post a Comment