Pembukaan tahun baru 2015 di mulakan dengan mereview buku ini.
Dah lama dah habis baca, sebab di hantar pergi training, terkandas sekejap dalam draft untuk menulis. Susah nak tulis sekiranya bahan tak ada di depan mata. Lagipun senang nak rujuk. Kali ini, let me try to review this book dengan cara lain plak.
RUMAH KECIL DI JABAL UHUD, penulisnya Puan Roza Roslan. Di dalam buku ini, memang dia membahasakan dirinya Kak Roza, tetapi elok lah saya membahasakan Puan Roza sahaja. Another heavy reading (for me) that I have stumbled upon to. Bukan Novel english, bukan international pun. Sekadar mengisi ruang masa di rumah walaupun perlu menjaga si kecil. It is like domino effect. Why? tahukah anda siapakah Puan Roza? Saya tidak perlu cerita lebih siapa dia, detail yang sekecil dia adalah isteri kepada Prof Kamil yang menulis Bersyukur Saat di Uji (BSdI) yang telah saya review sebelum ini.
Nampak tak? kakak ke 2 ku, memperkenalkan ku buku ini sangat bagus (sebab she is not an avid reader, seems that she took her time to read why shouldn't I read it?) tetapi how she describe the book seems not what I expected. Apa kaitan plak dengan buku sebelum ini?
Bacalah dulu baru anda faham. huhuhu..memang nak kena saya kan?
Because I am watching both of Prof Kamil dengan Puan Roza di TV, saya teringat dengan buku Prof pasal Travelog Haji, tetapi baca pulak BSdI, kerana kakak ke 2 ku nampak saya baca buku ini, dia pun membuka cerita pasal buku RKDJU.
Done with the introduction. Tetapi, anda perlu faham ada perkaitannya antara buku-buku mereka, tidak mahu bercerita panjang, secara ringkas nya, tragedi di dalam BSDI telah membawa mereka sekeluarga ke Madinah begitulah terhasil satu penulisan dari Puan Roza.
Apabila kakakku meringkaskan berkenaan buku ini, point yang penting dia nampak buku ini unik, bukan dia sahaja, tetapi 'tetamu-tetamu' Puan Roza juga turut menyatakan ia, iaitu Puan Roza menggunaka Pintu bukan nya Bab. Okay, saya tertarik. Tetapi kakak ku plak cakap, setiap pintu (SETIAP) adalah pengalaman tetamu Puan Roza yang datang ke rumah mereka di Jabal Uhud. Oh saya tertarik, tidak baca lagi, ku melihat begitu banyak Pintu dalam buku ini, ramai tetamu mereka. Pembaca sekalian, sebenarnya bukan, tetapi mungkin kakak ku melihat itu yang di sampaikan oleh Puan Roza.
Apa pendapat saya?
Buku ini ditulis dengan kronologi yang begitu menarik sekali, pertama kali membaca, 'terpaksa ku ulang ulang pintu 1 sebab ku pelik ini pasal Puan Roza ke tetamunya?' oh begitu penting first impression, terpaksa ku buang apa yang kakakku cakap, tetapi masih ku cari mana cerita tetamunya. Jangan jadi macam saya.
Kembali kepada kronologi yang menarik. Jalan cerita yang mantap. Bermulanya penceritaan Puan Roza, tiada kaitan dengan rumah kecil itu, tetapi kemudian nya dia mengaitkan dengan rumah kecil itu. Iya betol, setiap pintu ada cerita tersendiri, ada fail tersendiri. Cerita bukan milik Puan Roza seorang, tetapi tetamu tetamu mereka. Kejadian yang berlaku bukan sahaja berlaku di Madinah, tetapi di Malaysia juga. Dan cerita bukan sahaja berlaku di sana tetapi ingatan daripada dulu sampai sekarang. Setiap pintu dibekalkan dengan secebis ayat al-quran atau hadis. Begitulah beliau mengupasnya dan mengaitkannya. Begitu seronok membaca pengalaman beliau kerana ada juga yang seolah olah sama dengan saya. Begitu menginsafkan juga kerana ada cerita tetamu nya begitu mengena diri ini yang pernah sampai ke sana. Buka lah setiap pintu dalam buku ini, pelbagai aneka rasa, cerita yang membuat kita berfikir siapa? mengapa? Tetapi ingat walaupun buku ini adalah kisah kisah benar, kita tidak layak untuk menilai tetamu tetamu tersebut kerana seharusnya apabila kita membaca kita nilai diri kita dan jadi lebih baik.
Wahai pembaca sekalian, buku ini buku menyelami hati dan perasaan, tetapi bagi saya bukan itu sahaja. Baca dengan hati terbuka, kosongkan dulu ilmu di minda kerana sekiranya anda berpegang kepada sesuatu anda tidak nampak benda lain dalam buku ini. Benda sekecil seperti adab melayan tetamu, bagaimana Puan Roza memulakan berbicara, memberi nasihat, memberi pendapat kepada setiap permasalahan yang di kongsikan. Saya kagum!
Baiklah cukup lah kali ini. Bacalah wahai teman-teman.
Comments
Post a Comment