Perjalanan kisah hidup ku ke arah yang lebih baik. Itulah yang akan ditulis kali ini. Walaupun terdapat buku motivasi yang menyuruh agar hidup lah ke hadapan bukan pandang ke belakang. Biarlah penulisan ini, tersimpan di sini umpama novel kehidupan ku untuk aku muhasabah diri.
Akan ku bahagikan beberapa bahagian kerana kalau ditulis sekali akan bosan lah anda.
Bahagian pertama, di mana kisah hidup bawah 6 tahun.
Pada zaman itu, masih ku ingat lagi ketika hari raya, dress lah baju rayaku. Bukan baju kurung. Ilmu agama yang cetek tambahan lagi ku telah di hantar ke tadika cina sebagai pendidikan awal. Tiada ilmu agama di terapkan ketika itu. Tetapi ayahku tetap menghantar abang dan kakak kakak ke kelas mengaji. Aku jarang jarang ikut sekali.
Yang mengajar ngaji bukan lah ustaz, tetapi dia memang seorang guru yang baik. Dia umpama ahli keluarga kami juga kerana dia memang memanjakan ku dari kecik lagi. Dia asal daripada Kedah, kami anak murid panggil dia Pak Cik. Mengajar ngaji hanyalah niat nya untuk memberi ilmu kerana dia tidak menetapkan harga ketika mengajar. Sentiasa ku doakan agar setiap bacaan ku ketika di Mekah dan Madinah disedekahkan kepadanya. Dia lah mengajarku sembahyang, dialah mengajar sikit sikit ilmu agama ketika ibu dan ayah tidak mendedahkan ilmu agama daripada awal. Sinilah boleh dikatakan titik hidup yang penting untuk aku ke arah yang lebih baik.
Pada umur itu, aku boleh sahaja tidak menghiraukan semua ilmu itu. Boleh sahaja menangis meraung tidak mahu belajar mengaji. Mungkin takut dengan ayah yang garang, pergi juga ke kelas mengaji. Ingat lagi setelah sekian lama tidak pergi kelas mengaji, mula semula muqaddam, menangis aku kerana tidak dapat membaca, umpama tidak kenal A B C. Menangis kerana selagi tidak kenal aliff ba ta, aku tidak boleh balik. Oh indah kenangan itu.
Ketika di tadika cina, mereka hanya menghidangkan air teh/kopi untuk anak anak. Mak cik mak cik ku berpesan jangan makan bekalan orang. Ketika kecil ibu dan bapa sibuk bekerja, mak cik ku lah yang menghantar ku naik bas sekolah, menjemputku daripada bas sekolah. Itulah ingatan ku masa kecil. Jadi, memang aku tidak akan memakan makanan teman teman. Seingat ku pada masa itu, tiada teman teman yang membawa bekalan. Sekiranya ada perayaan ataupun sambutan, tadika tidak masak mereka akan membeli daripada KFC dan maskotnya akan datang ke tadika.
Pada ketika itu, macam-macam boleh jadi. Alhamdulillah, Allah SWT Maha Melindungi, Maha Memberi Petunjuk, Maha Kaya dengan ilmu. Begitulah apabila ingat kembali, aturanNya untuk aku sentiasa di jalan yang betul. Akan ku sambung lagi di bahagian 2 nanti!
Kata Selingan:
Kata ini aku dapat ketika seminar, kata orang ini
'Ada manusia sanggup bayar mahal untuk pendidikan yang terbaik untuk anaknya, sanggup bayar mahal untuk anak nya pergi ke kelas menari yang terbaik, kelas tuisyen yang terbaik, kelas muzik yang terbaik. Tetapi apabila berkenaan dengan ilmu agama, terutamanya bab mengaji, ada manusia akan cari yang termurah ataupun 'seikhlas hati'
Di sini, saya katakan ada manusia..tak semua, kerana ada juga yang tidak mahu melabur ke kelas menari, ke kelas lain lain. Di sini juga ingin menyimpulkan, jangan lah kita mengambil kesempatan kepada tuan guru yang tidak meminta banyak ataupun mereka kata seikhlas hati, kerana mereka juga perlu wang, ada anak, perlu makan, perlu baju. Ini juga untuk peringatan ku sendiri juga.
Cukup sampai di sini sahaja, terima kasih.
Comments
Post a Comment