Skip to main content

Perjalanan Kisah Hidup: Part 2

Bismillahirahmanirahim.

Sambungan kisah hidup daripada bahagian 1

Bahagian 2 adalah kisah hidup ketika sekolah rendah. Kami adik beradik di hantar oleh ayahku belajar di sekolah cina, kerana ayahku rasa bahasa cina amat perlu untuk masa depan kami. Ya betul, pergaulan sedemikian membuka mata dan minda.

Wahai pembaca, belajar di sekolah cina bukan lah senang. Pada awalnya, memang aku dan rakan rakan lain tidak di beza beza kan oleh cikgu dan orang lain. Dan mengapa kita kini begitu membezakan bangsa, walhal mereka tidak pernah pun lokek ilmu untuk mengajarku. Tetapi semua nya berubah ketika darjah 4, sekolah ku telah ada kelas agama. Bayangkan anda 3 tahun tiada didikan agama, tetapi sepanjang itu aku masih ke kelas mengaji. 3 tahun yang boleh merubah segalanya, 3 tahun berpakaian pinafore, atas lutut pulak tu. 

Berbeza dengan kakak dan abangku, yang menerima formal pendidikan agama semasa sekolah menengah. Akhirnya pada tahun ke empat, aku mendapat didikan agama secara formal. Dengar kata, disebabkan pelajar muslim telah mencapai 10 orang, itu sahaja yang aku pasti. Pada tahun keempat itu juga, aku ditempatkan di kelas terbaik, dan aku tenggelam sekejap di sana. Kemudian aku terpaksa dipindahkan ke kelas lain disebabkan guru besar ingin menempatkan semua pelajar islam satu kelas bagi memudahkan pengurusan jadual. Sebenarnya tiada rugi bagi ku kerana, kelas terbaik itu sangat laju pembelajarannya berbanding kelas yang aku ada pada masa itu. Aku telah mendapat perhatian oleh guru kelas ku sebelum itu. Dia sangat baik dengan ku, tetapi dia tidak suka aku memakai tudung. Dia lebih suka aku pakai pinafore atau baju kurung sahaja. Ya, aku telah pakai tudung ke sekolah kerana mungkin pengaruh kakak kakakku yang memakai tudung ketika di sekolah menengah. 

Begitulah guru itu tidak suka sangat dengan pelajar seperti kami, tetapi dia tetap menurunkan ilmu nya kepada kami. Dia jelas tidak suka penampilan ku sehingga dia pernah membuka tudungku. Dia merasa rimas katanya. Betullah kata wak doyok, aku yang pakai, ko yang panas? hurm..mungkin mulai saat ini aku harus berhenti menilai orang lain yang berpakaian tebal di cuaca seperti Malaysia. 

Tidakkah anda melihat, aku boleh sahaja hidup seperti mereka, tapi aku ditarik balik ke jalan yang betul. Mengapa harus ku dustakan lagi? perjalanan hidup yang masih panjang, liku-liku hidup yang banyak belum aku rasa pada masa itu. Tudung hanya untuk ke sekolah. Di luar terbang terbang rambut ku pada masa itu kerana apa? tidak tahu kepentingang menutup aurat. 

Bagi yang tertanya tanya berkenaan dengan makanan, aku memang membeli di kantin tetapi aku tidak membeli makanan goreng-gorengnya. Dan juga aku hanya membeli dengan seorang mak cik ini sahaja. Selebihnya aku membawa bekal. Ketika darjah 4, dengan aturan Allah SWT, ibu kepada salah seorang pelajar islam telah bercadang untuk membuka gerai di kantin. Alhamdulillah, segala dipermudahkan kepada ku untuk mendapat makanan halal dan tanpa was was. Itulah pemikiran sebelum darjah 4, tidak tahu berfikir sangat kan.

Cukuplah kali ini.
Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...