Bismillahirahmannirahim..
Mengapa buku ini yang ku pilih untuk direview?
Adalah pada satu hari, ketika aku menunggu jam 5.30 ptg di KL Sentral. Aku pun berjalan jalan di Nu Sentral untuk menghabiskan masa, apa lagi, MPH ku tuju. Tak silap aku pada masa itu, buku ini adalah best seller masa itu. Ku pandang, ku baca tajuk, ku lihat summary, ku masih tidak tahu mengapa buku ini best seller. Jadi aku tidak beli. Maaf Melur Jelita. Iya, dia lah penulis buku ini, inilah nama pena dia.
Beberapa bulan lepas itu, ketika di rumah Kuching, aku melihat kakak ku telah membeli buku ini. Tebal buku ini, tajuk begitu, hurm..malas pulak nak baca. Kakak ku sering puji penulis Melur Jelita ini, dia kagum dengan cara penulisannya. Jadi aku pun tengok lagi buku ini, hurm..aku pun tertanya kenapa buku ini best seller? Mesti ada sebab..
Buku yang tidak menarik minatku untuk membaca dengan cepat. Akan ku target baca 5 bab satu hari. Buku ini ada 151 bab, dan aku berjaya habis kan dalam masa 7 hari! Alhamdulillah. Sekiranya anda baca summary nya anda tidak dapat menangkap maksud dan apa yang ingin diceritakan oleh penulis ini. Baiklah mari saya mereviewnya.
Sudah banyak novel yang ku baca di pasaran, sudah sekian lama aku tidak membaca penulisan yang berisi, bermaklumat dan nyata. Maksudnya, penulis ini menulis dengan ilmu. Bukan sekadar menulis dengan angan-angan dan fantasi. Kalau menulis begitu lebih baik tulis cerita kayangan. Oleh itu, aku takut menulis sebuah novel, kerana kurangnya penjelajahan dan ilmu. Sekian lama aku tidak membaca buku seperti ini dan kali terakhir entah bila. Maksud di sini ialah, setiap lokasi, perlakuan, dan pekerjaan diceritakan dengan baik oleh penulis. Begitu detail sehingga kita dapat faham dan mendalami apa tugasan seseorang itu. Penulis membuat homework sebelum menulis. Sekiranya anda perasan novel yang kini ada di pasaran jarang mereka menulis dengan detail lokasi dan lain lain lagi.
Pembaca harus jelas dan memahami setiap kata ganti yang direfer kepada siapa ketika membaca buku ini, kerana kadang kadang bukanlah refer kepada hero nya, kadang kadang heroin pula. Tidak boleh leka! kalau tidak keliru. Nama yang banyak diberi kepada satu watak begitu mencabar bagiku untuk mengetahui, kenapa dan siapa punya nama orang ini, harus ingat betul betul kerana akan ketahui kemudiannya. Hubung kait hubungan dalam watak watak juga harus diingat juga kerana gelaran diberi amatlah mengelirukan dan begitulah penulis mahu kita cuba cari siapa mereka. Penulis juga memberi hujah yang menarik umpama kita membaca pergaduhan pendapat.
Novel ini mengisarkan tentang 2 saudara yang telah disatukan dalam satu perkahwinan. Maryam dan Irvan. Itulah watak utama dalam cerita ini. Maryam seorang gadis yang sangat bijak dan pandai, dididik Bunda sangat baik sedari kecil, umpama pijak semut pun tak mati. Sayangnya dia tidak dibenarkan sambung belajar selepas SPM oleh Bak nya kerana alasan dia sakit kemudiannya Bak tidak mahu dia jauh darinya. Kecewanya Maryam atas keputusan Bak membuatkan nya tidak mahu ada impian dan kemahuan lagi kerana disangkanya dengan berbekalkan keputusan yang cemerlang dia boleh belajar jauh dan mengikuti jejak Irvan yang menyambung pelajaran di luar negara. Dunia tanpa sempadan, hadirnya Haziq dalam kehidupannya telah mengajarnya untuk menggunakan dunia tanpa sempadan, begitu juga passionnya terhadap buku. Segala yang Maryam buat dan hasilkan semuanya berdasarkan internet dan buku yang ada. Dia belajar tanpa guru dan bergurukan sesuatu yang tidak dapat memberi tunjuk ajar kepadanya.
Irvan pula kehilangan ahli keluarganya dalam satu kemalangan kereta. Kemudiannya dia membawa diri menjadi seorang polis, bukan sekadar polis, tetapi VAT 69. Dia ingin berbakti kepada negara, agama dan bangsa. Melalui watak inilah penulis menceritakan berkenaan wira yang kita tidak tahu wujudnya mereka. Penulis menceritakan misi mereka yang masyarakat tidak tahu. Sumbangan mereka yang kita tidak pernah tahu. Oleh itu merekalah wira yang tidak didendangkan, kerana mereka tidak boleh diwar warkan siapa meraka. Tetapi mereka tetap menjalankan tugas mereka.
Begitulah plot cerita ini, tapi yang pasti bukan ini sahaja kerana buku nya tebal mestilah ada isi yang baik. 2 watak yang berbeza Irvan dan Maryam. Irvan yang sudah lama menaruh hati pada Maryam, tetapi Maryam sangat anti terhadapnya. Mengapa mereka berkahwin? bagaiman penghujungnya? Anda bacalah sendiri.
Terima kasih.
Comments
Post a Comment