Bismilliahirahmanirahim..
Sambungan kali ini ialah tempoh masa zaman sekolah menengah. Di mana daripada form 1 sehingga form 3 aku di sekolah kebangsaan dan kemudian aku bercadang berpindah ke sekolah berasrama dengan keputusan yang cemerlang iaitu MRSM. Mengapa MRSM dan tidak ke sekolah sains. Aku pun tidak ingat kenapa..
Disebabkan daripada kecil aku tidak dibiasakan bertudung keluar rumah, aku seperti pelajar yang hanya bertudung ketika pakai pakaian sekolah. Apabila aktiviti sukan, tudung pun terbang bersama-sama. Aku sangat suka kelas agama kerana banyak perkara menarik yang aku belajar, tetapi aku tetap tidak suka hafazan. Aku tidak suka menghafal tetapi kini aku menyesal kerana benci menghafal. Tetapi aku tetap bersyukur masih hidup di dunia ini pada masa ini untuk meneruskan apa yang telah aku tinggalkan pada masa lalu.
Titik pertama aku di expose amalan yang elok ialah ketika sekolah ku menghantar ku untuk pergi menghadiri kem agama anjuran UIA. Begitu aku ingat sekali aku langsung tidak tahu berzikir, aku tidak tahu apa doa mereka baca, aku tidak tahu apa yang mereka buat. Aku cuma tahu pasal solat dan begitu sikit ilmu agama ku. Aku pun tidak tahu pakaian yang betul betul ikut syarak. Oh, pada saat ini aku bersyukur aku di hantar, didetikkan hati ustaz/ustazah ku oleh Allah SWT pergi ke kem sedemikian.
Kali ini aku bersyukur pula tindakan ku yang ingin pergi ke sekolah berasrama kerana di situ aku di expose secara tidak sedar iaitu, daripada segi pakaian, amalan dan banyak lagi. Ketika itu aku tidak gemar memakai singlet kalau berpakaian seragam, pakai skaf sahaja di dalam tudung. Tidak pernah aku ambil peduli, tetapi disebabkan peraturan sekolah, ku terpaksa mengikut tanpa tahu mengapa. Bagiku pada masa itu, kenapa aku perlu hipokrit, tidak apa kalau tidak pakai, bukan nampak pun kan, tudung kan sudah cukup menutupi. Oh betapa kesedaran begitu lambat sampai tetapi aku harus bersyukur kesedaran tidak pernah putus Allah SWT turunkan. Anda pula bagaimana? Anda masih menidakkan?
Kemudian pula, aku belajar berkenaan sujud sajadah, bacaan yasin ku semakin lancar kerana setiap malam jumaat harus baca, bacaa doa yang dinyanyikan dan pelbagai lagi. Banyak perkara aku belajar tanpa sedar. Perkara perkara aku ingat sehingga kini, tapi aku masih tidak menutup aurat. Kadang kadang aku berfikir mengapa aku tidak sedar dari awal lagi, tetapi usah ku pandang perkara lepas, bersyukur ku pada masa ini Allah SWT tidak pernah tutup pintu hatiku.
Terima kasih kerana membaca.

Comments
Post a Comment