Bismillahirahmanirahim..
Masyarakat gemar menilai peribadi luaran seseorang, termasuklah saya sendiri kerana diriku tidak sempurna. Kali ini ingin saya mengetengah isu yang sering kali jadi bualan olah orang terdekat saya. Sering kali A menyatakan keburukan B dan menilai betapa buruk nya B ini. A ialah seorang ibu yang berkerjaya dan segala kerja rumah bukanlah dibuat olehnya, manakala B ialah suri rumah tangga dan perlu menguruskan semuanya sendiri. Wahai pembaca, nilai lah anda di sini layakkah A menilai B?
Pembaca sekalian, anda harus faham tugas mereka sama penatnya. A kata B malas nak masak. Tapi sama juga A tidak masak untuk anaknya pada weekday dan hanya masak pada weekend. Weekday kadang-kadang masak makanan segera untuk anaknya. Bukankah sama sahaja?

Diriku yang tidak sempurna jni juga sering menilai ibu ibu lain juga. Harus ku ketuk kepala ini agar jangan menilai, bersimpati lah dan memberi sokongan. Syukur dengan keadaan diri sendiri!
1. Aku sering menilai ibu ibu yang tidak ingin memberi susu badan kepada anak mereka. Salahkah mereka? Mereka tidak salah kerana mereka tiada sokongan. Dengan keadaan sekeliling yang begitu menekan mereka dan kadang2 tiada pendedahan terhadap mereka. Begitu juga mereka ini boleh menilai aku yang terberanak awal. Orang akan mengata aku tidak pandai jaga diri sehingga anak keluar 7 bulan. Oh!! Bukankah kita patut bersyukur selamat kedua nya?
2. Ketika aku menilai ibu yang tidak memberi susu badan. Mereka ini lebih sanggup masak dan sediakan makanan anak sendiri dan aku pilih kerja mudah memberi nestum! Tanya diri ini lagi.. Layakkah aku dan kamu menilai?
3. Sekali lagi kita menilai ibu-ibu yang tidak berbabywearing dengan cara yang betul. Salahkah mereka? Aku tidak layak menilai tindakan mereka. Sebab aku yang dahulu, tidak mahu berbelanja banyak untuk anakku. Tetapi atas desakan beberapa faktor, ku tarikkan kan juga kad kredit ku. Begitu ketentuan Allah swt selepas aku membeli ssc itu aku terjumpa yang berharga lbh murah tetapi tidak selamat. Tidak perlu lah kita menilai, tetapi cukuplah kita memberi ilmu kepada mereka. Umpama kita dianjurkan berdakwah ke mana kita pergi. Janji kita tidak disoal di akhirat nanti!
Wahai pembaca, pernah aku terbaca satu post di IG. Kegagalan kali pertama iaitu pada anak sulung, harus diambil iktibar dan perbaiki pada anak seterusnya. Bukannya seperti pada zaman ini, ibu bapa mengabaikan anak yang seterusnya. Mungkin sebab passion itu sudah tiada. Lebih kurang begitulH maksud post itu yang merujuk kepada bagaiamana ummi Al Fateh membesarkan nya. Itu hanyalah sekilas pengenalan daripada IG tersebut. Tersemat di hati dan peringatan kepadaku agar jangan abaikan bakal adik AS nanti!
Cukuplah pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Cukuplah pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
@lisamorni
Comments
Post a Comment