Bismillahirahmanirahim..
Mungkin anda masih tidak percaya atau kurang yakin dengan apa yang saya kongsikan di sini kerana mungkin anda telah membaca berkenaan dengan law of attraction dan anda rasa ia tidak sejajar dengan Islam. Apa yang telah saya baca, saya tidak buta-buta menerimanya kerana sumbernya bukan daripada orang Islam tetapi saya integrated dengan Islam, kaitkan dengan agama dan Allah SWT. Seperti kita belajar Sains, disebalik kejadian alam ini, kita yang beragama Islam tetap yakin dan beriman kepada Allah SWT, kita percaya Allah SWT pencipta alam semesta. Begitulah dengan ilmu yang saya perolehi ini.
Sebelum saya kaitkan dengan Islam, biarlah saya kupaskan dan kaitkan sikit demi sedikit agar kita nampak. LOA adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa
“kita menarik apa yang kita fokuskan, berdasarkan satu tarikan yang universal”.
Ketika anda bangun pagi, anda mendapati sesuatu yang tidak kena atau perkara buruk terjadi. Perasaan yang tidak baik daripada pagi itu telah terbawa-bawa sehingga ke petang, sehinggalah perkara buruk terjadi, anda terus mengatakan inilah petanda buruk yang buat hatiku tidak tenang sepanjang hari. Perasaan kurang senang itu lah kita fokuskan sepanjang hari sehingga kita menarik perkara buruk itu terjadi.
Itu perkara buruk. Bagaimana pula perkara baik? Ini telah mengingatkan saya ketika saya menghadiri dinner JPA semasa di UITM Shah Alam. Terdetik dihati 'aku tidak pernah menang lucky draw, kalau aku menang ni, jauhnya aku nak jalan sampai ke pentas'. Sungguh apa yang saya fokus dan risaukan telah terjadi. Bukan kah begitu setiap kali kita mengharapkan lucky draw dan kemudiannya anda kata pada diri anda, saya tidak bertuah malam ini, dan apa jadinya?
Saya akan menjelaskan lebih lagi di blog saya. Mungkin anda ingin menyangkal apa yang saya ceritakan di atas. Teruskan membaca dan saya akan kongsi secara ringkas dan anda akan faham mengapa ia jadi sebegitu dan sebegini. Berilah peluang diri anda berubah kerana Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka.
Terima kasih kerana membaca.
Comments
Post a Comment