Bismillahirahmanirahim..
Tulisan yang lepas, saya menceritakan bagaimana saya telah menggunakan Law of Attraction untuk memudahkan perjalanan saya. Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai LOA ini, saya ingin berkongsi bagaimana saya telah menemui atau ditunjuki ilmu ini.
Beberapa minggu yang lepas, terdapat satu post oleh seorang sahabat FB yang menarik perhatian saya. Dia terdengar di siaran IKIM dan share di status nya. Cuba kamu memahami nya pulak,
Cerdik dan bijaksana, dambaan manusia. Tetapi 'bijaksana yg dibantu Allah', berbeza dgn bijaksana atas usaha.
Ciri2 bijaksana yg dibantu Allah:
1. Mendapat ilmu berguna secara kebetulan. Misalnya, tiba2 bkk radio ikim, kebetulan slot ilmu bermanfaat utk kita. Ilmu free Allah beri tanpa kita usaha, ttp krn kebetulan atas takdir Allah.
2. Belajar ilmu dan mudah memahaminya. Ada org dgr kuliah, tapi belum tentu dia fhm. Ttp org yg Allah bantu utk jd bijak, akan fhm apa yg dipelajarinya serta mampu menghubungkaitkn ilmu itu dgn sesuatu yg lain.
Bagaimanakah? Kamu faham? Apa perkaitannya?
Ilmu yang saya terima, saya rasakan itu ilmu berguna secara kebetulan, ilmu yang saya tidak pernah ambil kisah dan tidak mahu tahu. Ia bermula apabila kakak ku memberitahu berkenaan dengan NLP. Sesuatu ilmu yang sekiranya kita tahu menggunakannya akan kita dapat apa yang kita hajati. NLP ini diguna oleh beberapa sahabat kakak yang berilmu jadi saya pun menggoogle untuk mengetahui apakah NLP ini.
Apabila saya mencari dan fahami apakah ia, betapa diri ini pernah didedahkan berkenaan dengan NPL tetapi tidak tahu itulah adalah salah satunya. Kamu boleh mencari sendiri kerana di sini saya tidak berbicara berkenaan dengan NLP. Mudah saya cerita, LOA adalah salah satu cabangnya. Saya terbaca buku the secrets di dalamnya sekiranya saya ingin tahu berkenaan dengan NLP.
Wahai pembaca, buku the secrets telah saya jumpa dan baca sedikit pada beberapa tahun yang lepas. Bukunya yang berharga RM79.90 dan isinya macam kurang padat, tidak menarik perhatian saya. Kadang-kadang buku begitu (pada pemikiran saya masa itu), isinya tidak seperti tajuknya. Jadi saya tidak mahu membeli. Kemudiannya 2 3 tahun yang lepas, kontraktor yang telah menjadi sahabatku bercerita mengenai buku ini lagi, sekali lagi saya tidak mahu membeli kerana harganya. Bayangkan anda, beberapa kali perkara ini disebut, saya tidak pernah ambil pusing.
Tiba-tiba, beberapa bulan yang lepas, kakakku bercerita mengenai nya. Betapa diri ini ingin diubah, ingin mendapat apa yang diimpikan, ditemui lagi dengan ilmu LOA ini. Saya boleh sahaja ke kelas NLP, tetapi tidak salah saya berbelanja dengan harga yang lebih rendah (sesuai dengan rezeki saya) untuk mendapat rezeki ilmu. Mungkin anda masih tidak nampak lagi dan mungkin anda akan cakap saya taksub. Tetapi sesungguhnya saya sentiasa ingat akan Allah SWT dengan aturanNya apabila menggunakan LOA.
Sebelum saya menutupkan penulisan ini, saya telah menulis list barang yang saya akan beli ketika berada di KL, sekali dengan harga yang saya ingin bayar. Saya ingin beli buku The Power, tetapi saya ingin cari paperback kerana hardback harganya RM79.90, saya ingin beli buku itu dengan harga RM30--, puas mencari, rupanya tiada pengeluaran dalam paperback kecuali dalam bahasa cina. Rezeki saya, rezeki yang dijemput (macam mudahnya menjemput rezeki), saya telah dijumpakan dengan buku itu dijual dengan harga RM20.00 sahaja di Popular Sunway Pyramid. Syukuralhamdulillah!
Terima kasih untuk masa anda.
Comments
Post a Comment