Bismillahirahmanirahim..
“Aku bertindak menurut sangkaan HambaKu. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini saya dapat setelah saya mengetahui apakah RAHSIA KEHIDUPAN yang boleh mengubah hidup seseorang. Rahsia yang kita boleh berjaya dan dapat apa yang kita impikan. Mungkin saya hanyalah blogger biasa yang tidak ramai follower, anda tidak percaya kata-kata saya ini. Saya akan berkongsi bagaimana kamu boleh mengubah kehidupan dengan rahsia ini.
Kepada sesiapa yang biasa dengan hadis ini, kamu sudah pasti tahu apakah rahsia yang saya maksudkan. Rahsia itu ialah Law of Attraction. Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang rahsia ini. Baik saya kongsikan pengalaman saya menapplykan kepada diri ini.
Bagaimana kita ingin menarik apa yang kita mahu adalah dengan kekal positif. Sering bukan kita dengar penceramah bebas di tv cakap pasal positif. Tetapi bagaimana kita kekal positif, apabila kita dilanda musibah, kesusahan, begitu kita menangis tidak dapat menahan untuk kekal positif. Follow blog ini untuk tahu jawapannya. Mesti ramai penulis penulis di luar marah akan saya yang share secara percuma di sini.
Minggu lepas kali pertama saya terbang dengan si kecil AS yang berumur 1 tahun 5 bulan itu. Kebiasaannya Hub atau kakak yang akan menemaniku. Saya harus menerima cabaran ini dengan kuat. Bagaimana saya ingin menempuh perjalanan daripada Kch ke KL seorang? oh saya bukan seorang, tetapi berdua. Kerisauan melanda sejak saya membeli tiket itu. Risau adalah sesuatu yang negatif, risau AS tidak mahu duduk diam, menangis dan sebagainya. Saya akan huraikan lebih lanjut lain kali agar tidak berjela jela lah cerita ini.
Ku kuatkan hati kekal positif, berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan. Alhamdulillah memang sangat mudah perjalanan ku. Daripada saat bermulanya perjalanan daripada rumah.
- Kakak-kakakku tolong saya sehingga di check in kaunter.
- ku mintak bassinet, ditunaikan
- aku menguasai seat di depan dengan si kecil kerana bassinet perlu di gantung di situ.
- AS tidur dengan lena di bassinet dan saya boleh makan (flight MAS), baca buku dan lain lain.
- AS tidak meragam dengan syarat ikut sahaja dia ke mana.
- flight tidak dilewatkan dan tidak perlu saya menghadapi kerenah AS yang akan meragam kerana itu masa tidurnya
- Ketika di baggage counter, ada aunty (orang Langkawi) tolong mengangkat luggage ketika AS tidak mahu duduk dalam trolley.
Mungkin anda melihat ada kesusahan juga disitu. Tetapi mengapa kita tidak mahu melihat banyaknya perkara yang baik telah berlaku?
Ketika terbang balik ke KCH pula, ada sikit cabaran telah berlaku, oh wahai hati, positif perlu dibina agar perjalanan dipermudahkan. Cabaran bermula daripada saat perjalanan bermula,
- flight pagi, husband mengantuk, dan sering kali kereta ke kiri ke kanan. Kami sampai dengan selamat di KLIA2
- fikirkan ikut family ini sebab ada trolley, dia pula hantar trolley ke tempat letak trolley. Tetapi mengapa perlu rasa susah? Trolley yang di hantar tetap ada di situ.
- Berat luggage terlebih, nasib baik bawak lagi satu plastik untuk membawa barang yang wajib sahaja
- check in kami tersangkut sebab ada barang kerabat yang agak banyak dan perlukan kerabat itu buat bayaran dan nasib baik kaunter sebelah bergerak pantas
- AS meragam tidak mahu duduk atas trolley kecik, dia nak tolak sendiri. kemudian sudah okay
- AS mula bosan di boarding gate dan ada orang yang peramah suka melayan dia
- Sekali lagi dapat seat dikuasai saya dan AS sahaja.
- AS tidur sepanjang perjalanan dan bangun sebaik sahaja landing.
- AS duduk diam di dalam trolley mungkin dia sudah tahu tiada orang yang akan tolong mummy, dan saya berjaya collect luggage dengan jaya nya
- kelaparan melanda kerana malindo hanya menghidangkan biskut, apabila keluar daripada arrival hall ternampak kiosk, terus membeli untuk hilangkan kelaparan anak beranak. nasib baik beli alas perut kerana kakaknya lambat sikit dan kami tidak pulang ke rumah terus.
Terima kasih untuk masa anda.
Comments
Post a Comment