Bismillahirahmanirahim..
Sering kali kita lihat ibu bapa jenis result oriented. Maksudnya mereka mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang untuk exam yang besar (SPM,PMR). Kita juga sering diingatkan ramai orang yang berjaya dan kaya, tidak cemerlang daripada segi akademik tetapi mengapa kita masih begitu?
Semakin hebat ketika ibu bapa mendedahkan anak mereka sejak lahir tentang akademik --- kenalkan mereka dengan ABC, binatang dan lain lain. kerana anak kecil ketika itu umpama sponge, mereka senang belajar. Anda yang membaca jangan salah faham, saya bukannya tidak bersetuju dengan cara ibu bapa yang sebegitu, of course saya juga ingin anak saya pandai seawal mungkin.
Cuma di sini, saya ingin katakan, sekiranya anak anda tidak menunjukkan hasil, jangan lah anda kecewa atau menyalahkan diri anda sekiranya anda sendiri yang mengajar atau cikgu yang mengajar anak anda kerana perjalanan anak anda masih panjang, bukankah ilmu tak kan pernah habis?
Kerisauannya ialah anak anda akan hilang minat belajar sekiranya dia terlalu banyak ilmu yang lebih daripada rakan sebaya, tetapi jika kena dengan caranya anda boleh hantar anak ke sekolah lain yang lebih advance agar anak anda sentiasa haus dengan ilmu.
Bukan itu sahaja, saya mengharapkan ibu bapa yang pentingkan akademik ini, jangan lupa untuk menerapkan nilai nilai yang baik. Apa gunanya akademik hebat tetapi kurang ajar? Ada beberapa nilai harus diterapkan sejak kecil agar tidak terlambat anak kita untuk memperbaikinya nanti. Sediakan lah persekitaran yang harmoni untuk mereka, agar emosi mereka terjaga. Contohnya, cakap yang elok sahaja dan jangan mencarut depan mereka, jangan berlaku kasar depan mereka nescaya mereka akan berlaku kasar dengan orang lain kerana mereka rasa itu perbuatan tidak salah.
Bukankah nilai yang baik dan ajaran agama yang baik harus mula daripada kecil kerana asas yang kuat akan bercambah lagi cantik ketika dewasa nanti. Biar anak melihat kita solat, agar dia juga turut solat, agar besar nanti dia senang nak solat. Biar anak lihat kita membuat perkara baik, agar dia turut berbuat baik. Bukankah lebih baik?
Biarlah seiring akademik dan sahsiah diri agar mereka berkembang dengan baik. Terimalah seadanya sekiranya akademik mereka tidak seperti yang dibanggakan, ilmu tidak pernah lambat untuk digali. Tetapi mahukah anda, sekiranya anak anda berperangai yang boleh buat anda sakit jantung?
Jika anda kurang yakin, saya akan bagi contoh di penulisan yang lain.
Tepuk dada tanya selera.
Terima kasih
Comments
Post a Comment