Bismillahirahmannirahim..
Cinta dan kasih sayang. Emosi dan perasaan yang paling indah dalam diri manusia. Bukan kah orang kata kalau kita angau, mandi tak basah, tidur tak lena. Begitu kuat perasaan cinta itu menguasai manusia. Kerana cinta dan kasih sayang orang yang kita sayang sanggup buat apa sahaja untuk kita.
Kasih Allah SWT kepada kita - hidup kita di bumi ini dengan ciptaanNya
Kasih Nabi kepada kita - ilmu dan bimbingan agar kita ke syurga
Kasih Ibu dan bapa - korban masa dan wang sekiranya anak-anak meminta sesuatu daripada mereka
Kasih suami dan isteri - layan kan sahaja permintaan masing-masing
Paling mudah contoh anda akan faham (biasanya cerita berunsur negatif akan mudah difahami), di dalam rumah tangga, mengapa kita bergaduh? mengapa ada penceraian? bukankah matlamat kita kahwin ingin berkasih sayang dan menghalalkan hubungan? syaitan begitu pandai mengasut manusia agar kita lupa perasaan sayang dan cinta selepas kahwin. Bukankah kita bergaduh disebabkan tiada persefahaman? Bukankah pasangan bercerai sudah tiada kasih dan sayang di antara mereka? Ya Allah SWT jauhi lah daripada ku!
Pergaduhan amat menyakitkan, begitulah orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana pergaduhan yang kecil, kita lupa kasih, sayang, cinta pasangan kita. Bukankah indah zaman mengurat? Bukankah indah zaman bercinta? Bukankah indah ketika akad nikah? Mengapakah indah? kerana cinta dan kasih sayang.
Apa kaitan nya pula cinta dan kasih sayang dengan LOA? dengan cinta dan kasih sayang yang kuat dimana inilah kuasa positif yang paling kuat kerana dengan perasaan ini, kita sentiasa bersangka baik, kita tidak berhasad dengki, kita tidak merosakkan harta benda. Anda boleh inginkan apa yang anda inginkan
Cinta ada kepada Allah SWT - anda solat 5 waktu, anda berzikir puji pujian kepadaNya. Kasihnya anda kepada Allah SWT. Walaupun anda ditimpa musibah, anda akan kata, ini ujian Allah SWT untuk aku tabah, mungkin ini adalah kafarah ku, mungkin ini penghapus dosa kecil. Anda akan hadapi lebih tenang. InsyaAllah Allah SWT akan ganti dengan lebih baik daripada yang sebelum ini. Cuba anda fikir kembali, suatu ketika anda lupa Allah SWT, musibah yang datang, anda terus patah semangat, anda terus tidak mahu hidup, paling teruk anda mungkin ingin mati sahaja. Nampak bukan kesannya disini apabila kita melihat sesuatu di sisi yang positif dan negatif.Lebih cepat kita sedar hikmahnya, lebih cepat kita bangkit dan teruskan kehidupan.
Kembali ke topik rumah tangga, ini sekadar contoh, perasaan curiga selalu menghantui anda. Mungkin sebenarnya pasangan anda memang seorang yang setia dan sayang kepada anda. Tindak tanduk si dia yang lain daripada yang sebelum ini mungkin buat anda hilang kepercayaan kepadanya. Padahal anda mungkin tidak sedar dia ingin membuat kejutan untuk anda. Sekiranya anda melayan sikap curiga dan menyerang suami anda, tiadala surprise untuk anda lagi.
Perjalanan hidup kita masih panjang, mengapa kita harus membazir masa kita untuk bersedih padahal banyak benda lagi kita boleh buat dan dapat. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Hanya cinta kita kepada Allah SWT akan membawa bahagia dunia dan akhirat. Cinta kepada Nya iaitu beriman kepada Allah SWT akan menjadi akar dalam hati kita dan kemudian nya akan mendatangkan hasil yang tidak disangka. Mungkin keluarga bahagia, anak solehah, kejayaan dan sebagainya.
Cinta dan kasih sayang membantu anda melihat sesuatu ke sisi yang positif. Bukankah penulisan sebelum ini menganjur kita berfikir positif. Dengan melihat sesuatu masalah ke sisi yang positif, anda pasti akan mendapat apa yang anda inginkan!
Saya ada dateline untuk menyiapkan kerja saya. Tetapi AS tak sihat dan asyik terbangun dan ibunya ini akhirnya mengalah dan tidur sekali. Hati tidak tenang kerana bimbang masa tidak cukup untuk siapkan kerja. Akhirnya hati ini memujuk, aku yakin masa itu cukup untuk aku siapkan kerja aku, Allah SWT ingin aku rehat bersama anakku. Sesungguhnya, kerja ku sudah siap. Dan saya sudah boleh menulisa untuk anda hari ini.
Terima kasih =)

Comments
Post a Comment