Skip to main content

Minda dan emosi harus bersatu

Bismilahirahmanirahim..

Kuasa minda. Anda pernah dengar rasanya. Sekali lagi saya ingin terangkan saya bukan pakar tetapi saya suka bercerita mengikut logik dan perkaitan dengan Islam daripada hasil bacaan. Usah anda label saya apa-apa kerana apa saya kongsi mungkin akan membantu anda.

Tahukah anda betapa kuatnya kuasa minda? Tetapi kita gemar membiarkan emosi mengawal diri kita. Jika anda tahu bagaimana LOA, anda tidak akan membiarkan emosi mengawal diri kita.

Contoh, kegagalan dalam hidup --- putus cinta mungkin? gagal dalam perniagaan mungkin? kehilangan orang yang disayangi mungkin? Apa perasaan dan emosi anda ketika itu? sebagai manusia yang dicipta oleh Allah SWT kita punya emosi, semestinya kita sedih. Tetapi tahap manakah kesedihan kita itu?

1. Sedih yang anda tidak mahu makan.
2. Sedih yang anda menangis sepuasnya dan tidak mahu keluar bilik
3. Sedih sehingga anda ingin membunuh diri anda

Begitu banyak kesan sedih itu sehingga membawa kepada pelbagai hasil. Bukankah kita harus BERIMAN KEPADA QADA dan QADAR? Bukankah kita harus redha? Bukankah kita tidak harus meratapi sesuatu kematian? Apabila syaitan menguasai diri, kita mula lupa semua itu. Saya tidak kata anda tidak boleh bersedih. Tidak sedih nanti, orang kata jiwa anda mati pula. Sedih lah dengan tidak memudaratkan diri kita. Sedihlah dengan mengadu kpd Maha Pencipta. Sedihlah dengan melihat hikmah sebalik kejadian.

Beginilah terjadi apabila emosi mengawal diri. Minda kita tidak mahu berfikir, kita hanya mahu mengenang dan meratap sahaja. Bukankah kita harus meneruskan kehidupan ini. Di sini, anda harus menggunakan minda anda untuk mengawal emosi anda itu. Menggunakan minda melihat hikmah kejadian, menggunakan minda untuk anda kekal waras.

Begitulah minda kita harus kekal berfikiran positif, berfikiran yang baik baik sahaja. Apabila kita ubah minda anda, anda akan nampak hikmahnya. Mungkin bekas kekasih bukanlah suami yang tidak baik. Mungkin perniagaan anda selama ini tidak telus. Kematian sesuatu yang saya sendiri tidak tahu mengulas, tetapi ia mungkin cara mengingatkan anda tentang amal ibadah kita yang kurang.

Percayalah apabila anda berjaya mengawal minda anda, anda akan menjadi seorang yang melihat kebaikan dan kebaikan itu akan membawa anda kejayaan di dunia dan akhirat.

Anda bertanya bagaimana ingin mengawal minda anda ketika anda sudah tidak mampu menggunakan minda anda. Ini terjadi pada diri saya di mana saya tidak tahu lagi berkenaan LOA. Tahun lepas, saya begitu sedih dan terkilan increment saya sangat la sedikit dan tidak seperti yang dijanjikan. Kecewa dengan syarikat dan HOD. Increment sahajalah motivasi saya untuk meneruskan bekerja di situ. Apabila minda saya telah tertanam saya ingin berhenti kerja setahun sebelum itu kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan manusia, dan hanya menunggu bonus dan increment untuk meneruskan atau tidak.Saya menangis dan mengadu kepada Allah SWT, mengapa increment aku kurang berbanding staff yang lain. Increment terbocor kerana kesilapan sistem yang senang dijangka. Sebaik sahaja saya mengadu, terus sistem tidak boleh dimasuki lagi. Atlist saya punya harapan dan pujuk diri ini, mungkin punya kesilapan. Sebenarnya tiada kesilapan. Kesan penutupan sistem beberapa hari, saya tidak bersedih seperti sebelum ini, kerana saya telah bersedia menghadapinya. Hikmahnya anda tanya saya? saya balik ke kampung saya, mengenali ilmu lain, mengenali LOA, mengajar saya untuk berusaha dengan keras, saya tidak perlu menghadap tekanan kerja yang sering mengganggu routine kerja saya, saya lebih menghargai suami saya kerana kini PJJ, saya dekat dengan keluarga kerana boleh dikira berapa hari dalam setahun saya berada di kampung.

Panjang betol cerita saya. Kesimpulannya, apabila kita bersedih, ambillah wuduk, bentangkan tikar sembahyang, solatlah, mengajilah, berzikirlah, berdoalah, mintalah. Emosi yang tenang, minda yang tenang, insyaAllah ada sesuatu yang baik akan tiba. Carilah, galilah hikmah. Kuasa minda yang positif akan menarik sesuatu yang positif, bersangka baik pada Allah SWT, Allah SWT akan datangkan benda yang lebih baik.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...