Bismillahirahmnirahim
Di dalam buku The Secrets, ada mengambil perumpamaan tentang cerita Aladdin. Di mana Aladdin telah menemui jin selepas menggosok teko ajaib nya. Kemudianya Aladdin diberi 3 wishes. Tapi hakikat di dunia realiti ini, permintaan kita tiada hadnya. Cuma kita tidak tahu bagaimana untuk mendapat permintaan itu bukan?
Hurm, sekiranya anda seorang Islam, macam tipu pulak anda tidak tahu. Kita ada solat hajat, kita ada solat istikarah, kita ada tahajud, kita ada sunat dhuha. Anda cakap lagi anda tidak tahu? Paling senang pun doa.
Anda kata anda telah buat tetapi masih tidak dapat.
Proses yang ditulis dalam The Secrets ialah: To Ask, To Believe and To Receive.
Nampak tak kat situ, ada persamaan bukan. Tanya diri anda apa kurang dalam teknik anda?
Dalam Islam, kita perlu yakin selepas kita berdoa, atau berzikir. Anda masih tidak pasti?
Cara 1: To ask -- berdoa, mintak kepada Allah SWT apa yang anda nak.
Contoh senang, bila kami ke shopping mall, nak cari parking bukan? Di KL ni kalau nak cari parking memang boleh nak cari gaduh. Ada satu zikir ni Ya Raqi (saya tak pasti ejaan nya) anda boleh amalkan, zikirlah kamu sepanjang cari parking. Ataupun anda berdoa lah kepada Allah SWT saya nak parking dekat dengan pintu masuk.
Cara 2: To believe -- yakin lah kepada Allah SWT
Selepas anda berdoa tu, anda harus yakin anda akan dapat parking. Anda tidak boleh doa je tapi dalam sudut hati anda, mustahil lah dengan berdoa aku akan dapat parking. Begitu juga berzikir, mustahil dengan berzikir aku akan dapat parking.
Cara 3: To receive - kuasa imaginasi.
Anda imagine anda sudah dapat parking, anda bayangkan di mana dan rasa perasaan anda apabila dapat parking.
Saya sering guna untuk dapatkan parking. Doa anda harus jelas dan terang. Jelas maksudnya spesifik dan tetap. Anda harus tahu arah tuju dan impian anda. FOKUS kuasanya.
Hakikatnya dalam Islam banyak cara kita meminta, Islam ada caranya untuk tenangkan hati kita.
Setiap solat sunat yang kita buat, kita dekatkan diri kepada Allah SWT, kita ingat yang Dia lah Maha Memberi. Ini hanyalah teknik sahaja, tapi teknik ini boleh diapplikasikan ke dalam ibadah kita apabila kita ingin sesuatu.
Anda masih kurang jelas dan banyak soalan?
Ikutilah penulisan saya lagi.
Terima kasih!!
Comments
Post a Comment