Skip to main content

#throwback. Nilai wang

Bismillahirahmanirahim.

Minggu lepas Jumaat, saya bawak anak murid ku pergi jalan-jalan dan makan-makan. Maaflah Madam nie bawak makan benda yang bukan selera korang. Nampak sangat aku order korang tak makan banyak..Hoho..Lain kali belanja lagi.

Yup, sekarang ini saya buat Part Time Lecturer, bawak dorang tengok site lama jer. Bukan boleh masuk and tengok dengan detail pun sebab kena mintak izin kan, lain lah kalau Madam ni masih kereja kat sana.

Apa yang menarik pasal jalan-jalan kami ialah, saya mendapati nilai wang di mata mereka. Agaknya mereka fikir gaji saya tak kisah lah amount nya berapa boleh beli semua benda yang dorang sebut. Saya hanya mampu tersenyum dan berfikiran antara mereka ini memang bergurau atau memang tidak tahu/clueless apabila dah kerja duit gaji semua serba tidak cukup.

Cerita nya bermula:
Anak murid ku bertanya, kenapa Miss tak beli Ford Ranger, Miss beli keta tu, Miss beli keta tu, hah kau, kereta semua nak RM100k lebih, saya gelak jer dalam hati ko fikir gaji aku berapa?

Kalau saya cakap pun, sudah tentu mereka tidak percaya. Mereka baru berumur 19 tahun, baru 2 tahun lepas sekolah. Duit pun mak bapak bagi. Lagi la bila campak kat KL ni, dia fikir cikgu nya bergaji boleh beli sebijik banglo. Aku amin kan je la kan. Mungkin satu hari nanti. Tidak mahu negatif.

Bila difikir kembali, di saat umur ku begitu, hurm..orang yang bekerja harus belanja student. Orang yang bekerja harus belanja student di tempat mewah. hahahah..
begitula apabila kawan ku ada BF seorang cikgu dulu, kawan ku bawak pula kami (2 orang lagi) keluar bersama.
Begitula apabila kakakku datang memang ku ajak tempat makan mewah saja.
Begitulah apabila sesiapa zaman study bawak kete, engkau paling hebat!

Apabila zaman bekerja, tahu nilai duit, saya sudah banyak kurangkan perbelanjaan yang hebat masa zaman belajar. Nilai wang yang terisi sendiri memang membuat kan diri bernafsu besar untuk berbelanja. Habis duit call PAMA jer, tunggu duit masuk. Sungguh insaf sekarang ini. huhuhuh

Ok, itu sahaja kisah kali ini. Next write up kita sambung pasal LOA ye.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...