Bismillahirahmanirahim..
Jom saya sambung pasal tajuk ini yang tak habis. Kali ini, saya terus ke point yang saya nak cerita selepas mukadimah bukan main panjang lagi. Kalau tulis tesis bukan main lagi nak cari idea kan.
Saya menulis agar kita melihat daripada sisi positif apabila timbul idea dan hasil pemerhatian.
Jom saya sambung pasal tajuk ini yang tak habis. Kali ini, saya terus ke point yang saya nak cerita selepas mukadimah bukan main panjang lagi. Kalau tulis tesis bukan main lagi nak cari idea kan.
Saya menulis agar kita melihat daripada sisi positif apabila timbul idea dan hasil pemerhatian.
- Kejadian budak jatuh daripada escalator.
- pembaca rasa apa punca kejadian ini?
- zaman dah moden, ada cctv dah jadi viral kat FB
- dari CCTV tu, budak main sendiri, tiada orang dewasa (ini yang luar negara nya)
- dalam negara, yang dewasa lalai sebab leka bermain phone.
Pembaca sekalian, bukankah anda rasa apabila anda di shopping mall, anak anda tidak mahu jauh dengan anda dan mintak didukung adalah perkara yang baik. Tidak timbul isu dia main seorang di kawasan bahaya. Tidak timbul isu anak anda hilang di shopping mall. Tidak timbul isu yang sewaktu dengannya.
Iya, dalam hati kamu marah, kamu stress sebab kamu nak shopping, anak merengek, dalam hati kamu kata alangkah baik nya anak kamu tahu jaga diri. Tidakkah kamu bersyukur tika dia mahu dekat dengan kamu agar kamu tidak menyesal kemudiannya? Jangan kata tidak pernah lagi berlaku. Kerana malang tidak berbau. Anak hilang sekejap pun kita dah gelabah, kemudian jumpa lupa sudah. Kalau hilang selamanya, bagaimana?
Beberapa minggu yang lepas, kami balik ke hometown husband. Memang perkara biasa membawa ibu mertua jalan-jalan. Anak kakak ipar ikut sekali. Keadaan Shopping Mall yang ramai orang, sebab sale, kebanyakan parents atau penjaga sibuk dan leka memilih baju, anak di dalam stroller, si ibu leka memilih baju dalam longgokan. Si anak berlari lari dalam tempat yang sempit. Tidak lepas juga anak kecil saya dengan sedara nya main kejar2 dalam kedai. Dia amat bertuah ibu dan ayah melihat dia bermain semasa ibu mertua tengah memilih baju untuk cucunya. Saya memang tiada apa untuk membeli kerana sudah puas shopping di Bandung. Tika itu saya sedar anak saya yang sudah pandai berjalan dan berlari tidak mahu lagi ibu dan bapa nya.
Dalam hati kami, risau dia dilanggar kerana saiz nya yang comel. Ramai yang fikir dia masih bawah setahun. Risau dia jatuh di escalator dan macam2. Bukankah ada hikmahnya anak kecil di beri naluri perlukan ibu dan bapanya oleh Allah SWT? Mengapa kita harus menafikan ciptaan ini? Sekiranya kita menghargai masa itu, kita tidak akan bersedih sehingga hilang akal, jika anak yang diculik, jatuh escalator itu anak kita?
Hargai lah mereka sebelum Allah SWT tarik rezeki itu daripada kita. Letaklah handphone sekejap sekiranya tiada perkara penting di dalamnya. Kerana saya ingat lagi, si ibu ini sibuk memeriksa FB ketika kesibukan di Sunway Putra Mall, lain lah ada mesej masuk bukan?
Terima kasih kerana sudi membaca
Comments
Post a Comment