Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

GDM --> apa itu?

Bismillahirahmnirahim, Alhamdulillah busy week means money masuk. Rezeki masuk masuk dan masuk. Ujian Allah SWT tetap ada. Pregnancy kali ini, disahkan saya ada GDM. Mungkin selalu baca status kawan2 yang pregnant kadang2 update kata ada GDM and so on kan. Meh akak cite sikit apa itu GDM secara ringkas GDM? gestational diabetes mellitus - Itula datangnya singkatan GDM tu, nampak tak ada diabetes tu. Kalau tak faham jugak. Bahasa ringkas kencing manis masa pregnant.  Disebabkan ada family history kencing manis nie, tak kisah lah ayah or mak awak baru didiagnos, awak kena declare jugak ada. Kalau awak tanya saya masa first pregnancy tak dak kah? Hah.. next blog nanti akak cite kenapa akak tidak tahu.. Lepas awak2 declare, nurse kat KK pun terus buat appointment buat MGTT (ayat mudah minum air gula), memang manis gitew. Kalau awak nak tahu -- awak kena puasa 8 jam malam sebelumnya, esoknya minum lah air gula itu.. Tabahlah adik2 sekalian. Lps tu amik darah..tunggu lagi 2 jam....

My second pregnancy

Bismillahirahmanirahim, Macam dah lama tak update blog kan? Been busy dengan tawaran part time dan bisnes 'Ingin Jadi Jutawan' bak kata orang. Tapi bukan nak cerita pasal tu, few months ago, macam saya ada cerita pasal something tapi saya tak reveal kan? Kali ini, nak share kat readers what happened. Yup, saya pregnant untuk anak kedua. Alhamdulillah rezeki walaupun tidak dirancang sesungguh. Walaupun tak bersedia, saya berpegang dan yakin Allah SWT Maha Mengetahui bahawa dengan rezeki ini, saya dan suami boleh menghadapi segala kekangan. Maksudnya di sini, iyalah apabila anak bertambah, perbelanjaan pun bertambah kan. Tapi Allah SWT tu Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Masa depan yang kabur bukan. Tapi dengan ada YAKIN dan PERCAYA, saya percaya bahawa Allah SWT memberi petunjuk bahawa kami mampu menghadapinya.  Sekarang ini, saya di minggu yang ke 24 tak silap..jadi working at home ni lebih teruk kerja kat ofiz, tak ambil peduli pun ni minggu ke berapa, ...