Skip to main content

Kecemasan di pagi 19/11/15

Bismillahirahmanirahim.

Bulan November 2015 memang agak mencabar bagi saya, banyak sales saya telah ketinggalan. Saya mula goyah. Balik daripada PPUM update segalanya, runsing-runsing. Bulan depan (esok, Disember 2015), kalau kira-kira collection saya tidak cukup. Negatif thought mula datang, nak give up, macam-macam ada di dalam otak. --> saya terus, rilek satu hari (lepas keluar hospital), solat, muhasabah balik, buat syukur list, rangka balik plan2. Alhamdulillah otak dah boleh jalan balik.

Baiklah. Saya nak cerita mengapa saya ended up di PPUM 2 minggu lepas (19/11/15 - 24/11/15).

  1. Pada pagi 19/11/15 saya tiba-tiba bleeding dan contraction (pengalaman anak pertama macam tu) jadi, ku kejut suami, ku bagitahu dia. Paling best 2 2 tengah fikir nak pegi hospital mana. Iye la cadang nya nak beranak kat hospital shah alam (tak bukak lagi kak oi). 
    • Nak pegi sg buloh? tak tahu jalan kak oi
    • Nak pegi mana-mana GH, memang tak pernah tahu kat mana la ye..
    • Last last pergi je la PPUM sbb ada pengalaman dan rekod. 
    • Subuh tu terus pergi bawak si tecik sekali kami pun pergi PPUM emergency ward.
  2. Di PPUM, nasib baik ai tak kena tendang, emergency kan.. kang betul terberanak cane. Sungguh lain lah servis kali ni, ada kemajuan. Ai suka. Daftar dan terus masuk, husband dan anak memang tak leh masuk. Tunggu pakar datang cek.
  3. Contraction memang ada, sakit, hanya yang ada pengalaman jer tahu. CTG scan terus pasang nak monitor heart beat, memang nampak la ada contraction berlaku. Masa ni tunggu Pakar datang cek.
  4. Pakar datang, tahu memang ada sejarah prem. cakap pulak ada contraction. terus doc cek bukaan. dah terbukak 3cm. hah kau..guane tu?? Sofea dulu dah bukak 2cm, sampai hospital bukak 6cm. cuak tak ko masa tu.
  5. Kali ini lain, sebab ikut scan baby berat 1.1kg. Bagi ibu ibu prem drg tahu, baby keluar mungkin kurang daripada 1kg, lepas tu baby memang akan lose weight, jadi mungkin 800g - 900g je baby.
  6. Doc terus cakap benda yang sama, terus cek NICU ada ventilator tak.
  7. Memang lepas tu saya terus kena tolak ke Labour Room. Sebab kena injek matangkan paru-paru, dan makan ubat tahan contraction.
  8. Memang kalau dapat doc tak nak saya beranak dulu, saya pun tak nak. Kesian kat baby nanti.
  9. Housemen pun doa begitu, housemen nasihat, kalau kita dapat hold saya nya baby, kena rest kat rumah, tak leh lasak-lasak, tecik kena wean (masih taknak wean lagi si tecik itu). Macam-macam lah.
  10. Doc pun tak bagi jalan-jalan takut terbukak lagi, LR tu dah macam bilik sendiri, nurse suruh pi solat, die cakap darah bleeding bukan nifas lagi, macam darah lah, cuci bersih bersih sebelum solat.
  11. Sangat amazing apabila dah kena tolak masuk LR, contraction hilang sebelum makan ubat lagi. Baby dalam perut macam takut nak keluar awal ye. Takpe mak sayang lebih sikit.
  12. Sepanjang lebih 12 jam duk baring tido makan dalam LR, progress macam okay sebab takde contraction n bleeding lagi, doc suruh anta g wad (takut terberanak ke apa, kalau balik baby kena masuk ventilator terus). Bermula lah hari-hari ku di wad PPUM sepanjang 5 hari.
Jangan tanya saya apa dan mengapa. Biarlah ia menjadi peringatan kepada saya dan pengajaran bagi saya dan anda.
Bak kata doc, bukaan yang kecil memudahkan lagi baby dalam perut keluar kerana dia masih kecil. Jadi memang kena kurangkan aktiviti-aktiviti yang memudahkan bukaan.
Makanan kena jaga, sebab takut sakit perut ke, keracunan ke (pengalaman anak pertama) bagi pressure kat perut, lagilah akan menolak baby keluar ke bawah.
Kesihatan kena jaga takut demam dan selesema ---> bole menekan lagi perut sebab selesema.
Kehamilan seterusnya kena jarak lagi sebab takut pangkal rahim tak kuat dan dinasihatkan daftar je kat PPUM sebab mereka ada rekod kan. 

Bagi ibu-ibu yang pertama kali, jaga betul-betul diri anda. Kelahiran pra matang nie memang betul betul menguji emosi, fizikal dan kewangan anda. Saya ketika itu, baby dalam 29 minggu. Baby tak cukup 1kg, dia kena capai 1.8kg untuk discaj NICU, bukan mudah baby nak capai berat tu dalam masa singkat. Ulang alik hospital di mana anda perlu rehat di rumah ketika pantang. Badan jadi lemah. Entah-entah 2 bulan anak awak dalam tu. Kalau awak kerja swasta, anak awak keluar, awak start keja, anak awak anta taska?

Ujian ini, kalau nak tengok hasilnya (anak yang sihat dan macam anak anak lain), lambat kita bole tengok hasinlnya. Sabar perlu ada, emosi yang tidak terganggu perlu ada, fizikal yang sihat perlu ada, bby prem mudah sakit, takut terjangkit dari anda. Saya bukan menakutkan anda. Tapi ambillah langkah berjaga-jaga. Banyak benda kita perlu korban di saat kita dikurniakan rezeki anak ni.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...