Skip to main content

Pengalaman check up di swasta dengan kerajaan

Bismillahirahmanirahim..

Memang berbeza pengalaman kalau check up di swasta dengan kerajaan.

Masa first baby, saya memilih untuk check up di swasta, di seksyen 13 ada hospital bersalin yang sangat glamer dan bekas housemate pun beranak kat sana sebelum ini. Tambah lagi, kawan husband pun check up kat sana.

Hospital itu menjadi pilihan kerana boleh check up malam, masa tu tak banyak cuti dan bole buat medical claim pulak kan. Jadi tak mengapalah kalau nak pergi ke sana sebab memang nya cadang nak beranak kat situ jugak. Begitulah nasib masa tu apabila duk kat Shah Alam yang tak ada hospital kerajaan. Hospital swasta yang berlambak.

Memang betul kalau di swasta check up tak da lah mengambil masa macam Klinik Kesihatan. Orang tak ada lah ramai macam KK. Ada aircond. Yang check nya pun doctor. Setiap kali jumpa doc, scan memanjang je lah kalau awak tak ada benda nak tanya. Doc tak tanya lebih pun (ini pengalaman saya).

Sepanjang pengalaman saya dengan hospital tersebut, saya tak ingat minggu ke berapa saya datang check up. Fail saya tidak dijumpai. Saya tidak pasti akibat fail yang tak da tu, saya ketinggalan banyak perkara atau memang prosedur mereka begitu. Apa yang saya ketinggalan ialah: minum air gula, injek kancing gigi, ambik darah pun selepas fail saya ada kembali. Di saat doc telah arrange next appointment untuk buat ujian MGTT, saya telah beranak pada minggu ke 34 (pramatang). Lagi hebat maklumat kad yang ada tidak mencukupi dibekalkan ke hospital saya pergi untuk beranak. Doc hanya sediakan surat refer, dan fail saya tetap tinggal di hospital itu.

Anak yg kedua ni, saya check up di KK. Memandangkan saya pun tak kerja, anak pun di taska. Husband suruh check up di KK jer. Perkhidmatan percuma. Apabila percuma, kita bayarlah dengan kesabaran. Nurse tempat saya memang okay. Nasib baik tak melenting apabila ramai orang asyik tanya mana nak pergi lepas nie, ni kat mana n so on. Mungkin sejarah keluarga ada kencing manis, terus nurse suruh buat MGTT next appointment. Hah, itu tak silap masa 1st perjumpaan dengan nurse tu. Beza tak?

Sebab ada sejarah pramatang, ada lagi pemeriksaan lain kena buat. Nak investigate kenapa lahir pramatang. macam2 kan? kalau awak harap nak scam d KK susah sikit, mesin nya tak banyak. orang nya ramai. Jadi, awak ada duit lebih, scan lah di luar. Walaupun saya ada GDM, keuntungannya doc kena buat scan lah setiap bulan. Tapi tak syiok ye kalau awak ada GDM.. sila baca blog saya sebelum ini.

Kalau pasal buku merah pula, memang dalam buku merah, nurse/doc yang check akan tulis detail apa yang drg buat setiap kali check up. Saya tak pastilah kalau awak bukak buku merah di KK lepas tu awak check up di swasta apa jadi.. Saya tak pasti.

Tapi pilihan di tangan awak.

Terima kasih

Comments

  1. 𝙃𝙊𝙏𝙇𝙄𝙉𝙆 𝙈𝘼𝙓𝙄𝙎 𝙆𝙇𝘾𝘾


    _*𝙍𝙈.0.00 CONGRATULATION*_
    _*Ground Floor, Sdn.Bhd.registration no.199201002549(234053➖) Level 21, 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙧𝙖 𝙢𝙖𝙭𝙞𝙨 𝙝𝙤𝙩𝙡𝙞𝙣𝙠 kuala lumpur City Centre Federal territory, off jln Ampang, 50088 kuala lumpur 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖.*_

    *𝙈𝘼𝙓𝙄𝙎 semalam memberi pemenang ada 5 singkat number berjaya tahun ini satu 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼 memenangi hadiah cabutan betuah dari pada 𝙈𝘼𝙓𝙄𝙎 𝙃𝙊𝙏𝙇𝙄𝙉𝙆,*
    *number phone tuan/puan jatuh baris ke(3) pemenang,*
    *hadiah uang tunai dari pada 𝙈𝘼𝙓𝙄𝙎 𝙃𝙊𝙏𝙇𝙄𝙉𝙆 𝙍𝙈7,000.00*
    *nombor seri pin chek hadiah anda (725282)*

    *Silah whatsapp terus dekat layanan kami ➡️+60128507049*

    *atau pun boleh layari webs resmi kami*

    *Cara claim hadiah pemenang silah tekan ⬇️* *https://hotlinkmaxis2021.blogspot.com*

    *𝙈𝘼𝙓𝙄𝙎 𝙃𝙊𝙏𝙇𝙄𝙉𝙆 𝙆𝙇𝘾𝘾*

    *𝙏𝙀𝙍𝙄𝙈𝘼𝙃 𝙆𝘼𝙎𝙄𝙃* paling baru haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...