Skip to main content

2015 azam tercapai tak?

Bismillahirahmanirahim.

Agak lambat saya nak muhasabah diri dan share azam 2015 saya. Bulan 1 dan 2 yang agak mencabar. Mencabar ke? saya sibuk dengan hal lain sebenarnya. Nanti saya cerita ya.

Jom review!

SPIRITUAL

  • I nak hafaz 10 surah pendek dan nak lebih daripada itu. Target sebenar adalah 10 surah, berjaya hafaz Al Maun, Al Quraisy, Al Fil, At Takathur, Ad Dhuha, Al Humazah, Al Kausar, Al Masad, Al Qariah dan As Syams. 
  • I nak betulkan bacaan al quran. Alhamdulillah dapat jumpa beberapa kesalahan, tetapi kena improve lagi
  • Baca terjemahan, ingin capai separuh daripada semua juzuk. Ini masih dlm progress. 


KERJAYA
  • saya ingin menjadi penulis. Iya sekarang pun saya menulis untuk anda baca. I want more than this, mungkin saya dibayar dengan hanya menulis. paid blogger mungkin? huhu..ini tidak berjaya..tapi tahun ini 2016 saya ada menerima job utk tulis di satu blog ni. Tak la dapat duit, tapi dpt free stuff

KEWANGAN
  • Mengumpul duit sebanyak RM1juta!huhu..ini pun tidak berjaya sebab tiada perancangan

VACATION
  • Destinasi pilihan. Hong Kong, Singapura, Umrah, Turki, Bandung. Dapat pergi bandung je, yang lain sebab ada kekangan lain

AKHLAK & PEKERTI
  • Memperbaiki cara berpakaian yang lebih menutup aurat tetapi tetap bergaya. Ini perlu improve lagi

PEMBINAAN DIRI
  • mengaplikasi teknik yang di ajar dalam buku The Secret. Memang ada apply, alhamdulillah.

KEBENDAAN
  • Saya nak beli Iphone 6 plus, Ipad Mini, dan New Laptop (laptop sekarang laptop pinjam) dapat iphone 6s jer..xde plus plus still bersyukur.

Banyak tak tercapai, sebab tak realistik some of them. Tapi kali ni ada perubahan sikit. Jadi kena tunggu next blog pasal azam 2016 ye.


Terima kasih kerana membaca!
Sayang u oll,
@lisamorni

Comments