MY VISION BOARD 2016 |
Bismillahirahmanirahim.
Minggu lepas saya cerita pasal azam saya 2015. Apabila saya buat refleksi, mungkin kurang fokus dan tidak realistik dengan keadaan semasa. Kali ini saya akan lebih realistik dan kecil kan azam saya.
Azam utama saya tahun ini ialah: BEBAS KAN DIRI DARIPADA HUTANG.
Bagaimana? Saya akan cerita pada blog saya seterusnya.
Daripada segi ibadah dan spiritual, istiqamah dalam solat wajib (pelihara solat awal waktu), solat sunat, sedekah dan tambah lagi surah-surah.
Travelling pulak, harap dapat pergi Jepun hujung tahun ni, dengar kata, syarikat suami bawak pi Jepun (Osaka), so semestinya bahagian saya tidak ditanggung. Jadi saya harus bekerja keras untuk kumpul duit ke Jepun. =).. wink wink..
Yang Barcelona tu, sales sebanyak RM2juta dan harus 2 kali ganda harus menjadi target supaya dapat tiket free ke Barcelona, boleh lah bawak suami, Sofea dan Aareez pergi sana jalan. Bukan itu sahaja, tandanya mak dah kaya ler kalau dapat pi Barcelona. Syukuralhamdulillah.
Jadi, haruslah segala jenis pekerjaan saya buat, mestilah up up up and away. Semoga aku dan suamiku menjadi jutawan berkat. Alhamdulillah.
Banyak kesannya dari sini. Bagaimana nak capai? Kita mula dengan azam utama saya dulu ye! fokus Lisa.
Terima kasih,
@lisamorni
Comments
Post a Comment