Bismillahirahmanirahim
Blog lepas --->azam dan visi 2016 saya share berkenaan azam saya pada 2016 dan visi saya.
Tapi saya nak share macam mana saya nak capai azam dan misi utama saya.
Blog lepas --->azam dan visi 2016 saya share berkenaan azam saya pada 2016 dan visi saya.
Tapi saya nak share macam mana saya nak capai azam dan misi utama saya.
BEBASKAN DIRI DARIPADA HUTANG
Ini azam utama saya. Azam besar saya. Jadi perkara utama saya kena buat adalah, senaraikan hutang dan jumlah hutang dan berapa awk bayar sebulan
Senarai hutang.
1. kredit kad 1 RM1.5k - RM150 sebulan
2. kredit kad 2 RM6k - RM 250 sebulan
3. kredit kad 3 RM 8k - RM500 sebulan
4. Personal loan RM20k - RM205 sebulan
5. Loan rumah RM280k - RM 2k sebulan
6. Lain-lain
Apabila awak tengok, mesti awak akan kata mustahil kan nak capai semua ni. Jadi, awak perlu realistik. Pecahkan azam yang bsr ini jadi kecik2. Maksudnya settle satu-satu. Bukan bermaksud yang lain tak bayar. tapi target yang mana awak nak settlekan and tahun ni habiskan dulu.
Dalam strategi saya, saya guna teknik yang di ajar oleh Robert Kiyosaki.
1. Total hutang bahagi dgn bayar sebulan untuk setiap item hutang tu.
2. Cuba semak yang mana paling cepat bayar habis. Cth:
kredit kad 1 = 1.5k/150 = 10 bulan --->1
kredit kad 2 = 24 bulan ---->3
kredit kad 3 = 16 bulan ---->2
personal loan = 97bulan ---> 4
loan rumah = 140 bulan ----> 5
3. Sekarang ni, maintain jer bayar ikut yang dah di tetapkan, dgn syarat kredit kad awak memang dah tak digunakan lagi. Sekiranya awak guna, awak kena bayar jugak apa yang awak belanja.
4. Apabila habis kredit kad pertama, RM150 tu awak tambah ke hutang yang ke 2 (kredit kad ke 3 tu)
mksudnya RM500 + RM150 = RM650, guna cara no 2 kira balik tinggal berapa bulan 12 bulan..
Kalau yang nie pun dah habis, RM650 + RM250 = RM900.. macam tu lah seterusnya...ini untuk mempercepatkan habiskan hutang awak.
Jelas tak? Saya suka cara ini, sbb senang. Awak perlu sabar lah.. Siapa suruh gatal guna kredit kad kan..hahah
Kalau tak jelas, sila PM sya di FB saya
Terima kasih
Comments
Post a Comment