Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tidak menulis kerana kekangan masa. Malam ini saya ingin berkongsi suatu kesedaran telah timbul di dalam hati.
Kita sering disuruh melakukan sesuatu perkara kerana Allah Taala. Tetapi kita mungkin kurang mendalami dan faham mengapa kerana Allah? Saya telah membaca satu buku daripada Dr Shafiee yang mengajar kita agar niat dalam hati 'saya melakukan sesuatu kerana mencari redha Allah'
Apakah yang dimaksudkan niat tersebut?
Semestinya anda tidak akan berniat sebegitu kerana tidak faham apa yang anda cari dalam redha Allah.
Terdetik di dalam hati, pada suatu ketika apabila menonton Hlive Inspirasi - Dr Muhaya. Dia menyebut berkenaan redha Allah swt. Daripada situ saya dapat kaitkan niat ini.
Apa itu redha Allah?
Bagi saya redha Allah adalah perkara yang Allah suka dan akan membawa kita ke syurga kelak.
Situasinya begini.. Kita hari-hari bekerja dan mencari rezeki. Akhirnya apakah tujuannya?
Jarang sekali kita kata kerana Dia.
Jika kita mencari rezeki kerana Allah, dan kerana mendapatkan redha Allah.
Kita akan mencari rezeki secara halal kerana itu yang Allah suruh.
Kita akan mencari rezeki untuk membeli pakaian yang menutup aurat.
Kita akan mencari rezeki agar rezeki kita dapat diberikan kepada orang lain.
Banyak lagi senarai saya bole keluarkan sehingga anda bole terkedu dengan perkaitannya.
Luaskan minda kita mengapa kita hidup di dunia dan akhirnya kita kembali juga kepada Sang Pencipta.
Terima kasih

Comments
Post a Comment