Assalamualaikum..
Kali ini, Lisa nak perkenalkan salah satu tempat yang boleh awak pergi kalau jalan jalan di Kuching. Tempat ni actually hampir dilupai kerana kurangnya marketing tempat ni. Tempat apa? Matang Wildlife Center di Telaga Air.
Matang Wildlife Center
Lisa dah lama tahu tempat ni, tapi dah tak ingat. Apabila ada kawan daripada semenanjung cakap dia datang tengok orang uta, baru teringat tempat ni. Tempat ni best sebab dia ada tempat mandi sekali, terletak paling atas dan air sungai nya paling bersih. Jadi, terbaik (dengan nada boboi boy)..hahahahahha
Sambil sambil mandi bole buat BBQ, tapi masa Lisa pergi ni, hujan jadi tak pergi area sungai. Tempat ni tengah buat upgrading works. Lisa harap dorang akan buat promo dengan lebih kencang lagi. Lagipun Family Park pun macam tak terjaga. Kesian nya...
Apa ada kat sini?
Sambil-sambil treking yang tak seberapa, awak boleh tengok binatang. Tarikan utama adalah orang utan. Di sini takyah risau orang utan sembunyi ke apa, memang boleh tengok. Sekali sekala melihat ciptaan Allah swt, tak salahkan? takkan la tengok dari gambar je. Bawak anak-anak tengok semula jadi. Jangan asyik tengok bangunan konkrit.
Masuk sini memang kena bayar. Awak kena ingat, dorang ni pun kena maintain. Kalau awak nak anak cucu dan masa depan boleh tengok drg lagi. Niat la sedekah dengan bayar tiket masuk.
Terima kasih =)
Comments
Post a Comment