Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim..
1st March dan 2 March 2017, Lisa pegi ERT (Emergency Resposnse Training) di Balai Bomba SS17, Subang Jaya. Lisa tak nak cerita pasal apa yang Lisa buat masa training sebab follow jer IG Lisa, Lisa da update kat situ.
Selamatkan Diri dalam Gelap
Salah satu praktikal dlm ERT ialah selamatkan diri dalam gelap. Di mana, kami dibahagikan ke dalam kumpulan dan kami di tutup mata. Ketua kumpulan dikendaki membawa ahli kumpulan keluar daripada 'tempat kejadian'. Kami juga telah diajar teknik untuk berjalan di dalam gelap.
Pada mulanya semua menyangka, kami akan ditutup mata dan keluar daripada kelas. Rupanya kami dibawak ke tempat lain dan simulasi bermula untuk team pertama. Apabila team pertama masuk, kami dapat melihat bagaimana 'tempat kejadian' tersebut, jadi team lain sudah boleh mengagak bagaimana dan menghafal laluan dan halangan. The tricky part is, pada permulaan, kita tidak tahu kita masuk daripada pintu mana cuma halangannya tetap sama.
Sebelum simulasi, dalam hati mempertikaikan:
Kalau real life, dalam gelap, mata kita bole adjust dan kita bole melihat? Mengapa perlu tutup mata?
Trainer seperti tahu je dalam hati ini, dan terus menjawab:
Kalau kita dalam asap tebal, kita langsung tak bole melihat. Jadi itulah sebab kita kena belajar macam mana nak selamatkan diri dalam gelap!
Jadi jangan bongkak dan mendada..huhuhuh
Simulasi ni sangat menyeronokkan dan mendebarkan. Walaupun dah tengok orang buat, tapi apabila giliran diri sendiri, cuak tetap ada sebab kita sendiri yang akan menghadapi halangan itu. Halangan pulak kena lalui dengan mata tertutup. Memang seronok tengok team lain buat, tapi cuba kita tepuk dada tanya selera, kita boleh buat tak? Baru ada akal kan? Memang betul betul lain cuma kurang panik..hehehehe
Apa yang Lisa dapat daripada simulasi ni-
Walaupun kita dah tahu laluan, ini adalah salah satu peluang untuk kita untuk kurangkan rasa ketakutan dan cuba selamatkan diri sebaik mungkin.
Mengapa satu peluang?
Sebab sebagai peserta, saya meletakkan diri sebagai tuan rumah. Maksudnya sekiranya kejadian berlaku di tempat kerja kita, semestinya kita sudah tahu laluan, dan sudah dapat membaca apa berada di hadapan. Cuma ada halangan tambahan seperti batu, meja terbalik dan asap. Jadi, gunalah peluang yang ada untuk menyelamatkan diri.
Training ni sangat berguna, apabila buat sendiri memang takut kena tinggal. Macam tu jugak real life.
Insya Allah, ilmu yang saya dapat tersemat di dada.
Terima kasih

Comments
Post a Comment