Assalamualaikum..
Kita sambung sikit lagi ye.. tak nak cerita panjang panjang dalam satu post. Nanti you all jadi pening baca. Hahhahahah..Macam Lisa cakap ek, apabila you bawak budak budak berjalan, you kena fikir daya tahan budak tak sama dengan dewasa. They need rest in a proper place. Anak seorang tak kisah sebab, kalau you tak larat, you boleh pass kat husband. Kalau anak 2, kena lah bertolak ansur.
Sambungan dari Sentosa Island.
Kami naik monorail yang sama pergi ke Vivo City. Kononnya nak jalan jalan kat Vivo City. Tapi kami tak solat Zohor lagi, pada masa yang sama nak masuk Asar and lagi haru tak sempat nak jamak. Jadinya kami terus ambik bas pulang balik ke hotel. Anak anak pun bole rest di hotel.Lepas anak-anak rest and tidur, siap solat dan mandi. Kami pun sambung berjalan di sekitar Geylang. Abang ipar ada bagitahu Crocs sale kat 1KM Shopping Mall (tak jauh daripada hotel). Jadi kami pun ke sana. Nasib tak menyebelahi kami, kedai masih tutup kerana CNY.
Dinner
29/1/17 (Ahad)
Pagi, breakfast di foodcourt yang sama.Kami jalan jalan di Joo Chiat Complex. Banyak barang muslimah, bab harga - ada yang murah dari Malaysia dan ada yang lebih kurang sama. Jadi pilihan di tangan anda. Memang kawasan hotel tu banyak sangat kedai barangan muslimah. Sebab dah pukul 11, kami pun balik hotel check out.
Saja belanja satu keping gambar |
Salah satu kedai sekitar hotel
|
Jangan risau, ample parking |
Lepas checkout, kami decide drive. Kami terus ke Jurong. Kat Jurong ada satu shopping mall macam JPO. Tak ingat nama. Sebab dulu pernah pergi, barang Adidas memang sangat murah dan ada design tak ada di Malaysia. Tapi mungkin sebab currency tak berapa best, kami tak membeli pun sebab tak banyak barang macam sebelum ni.
Lunch di dalam Shopping Mall |
Daripada Jurong, kami ke area Merlion. Husband cakap must go there sebab nak amik gambar. Lepas tu kami ke Mustapha pulak. Nak pergi Mustapha sebab nak beli bagelan (yang jual di Kartika Sari, Bandung). Kami tak jumpa pun, dan pekerja cakap no such food, padahal kakak cakap ada. Its okay, next time kami akan better planning, sebab anak dah tidur.
Jadi, itulah perjalanan kami ke Singapore. Its okay, next time kami akan planning lain pulak.
Ada funfair masa jalan-jalan di sekitar merlion |
Part 1:Singapore Outing Part 1
Part 2:Singapore Outing Part 2
Add Lisa di FB Fadzlisa Morni
boleh follow IG @lisamorni---just>
Comments
Post a Comment