Skip to main content

10 Perkara yang Menggembirakan Lisa!

Asssalamualaikum..

Lisa kebelakangan ini banyak sikit kerja dan tidur awal sebab si kecik kalau nak tidur kena tidur dalam bilik gelap. Begitulah akak pun tertidur sekali sampai ke Subuh.

Jom baca 10 perkara yang boleh menggembirakan Lisa, Yay!(10 things that makes me really happy!)

1. Bermalasan sambil membaca buku dan novel.
Lisa pernah terdengar orang komen, bosan nye baca buku..hahahaha..weh.. happy kot sebab tak membazir masa dengan pegang handphone jer.


2. Pergi Spa dan Massage.
Ini memang best. Rasa tenang dan happy jer bila dalam spa yang agak mewah. Okay, Lisa nak pasang impian nak urut di Bali Spa yang mewah. 


 3. Travelling
Lisa memang suka jalan jalan. Walaupun Lisa ada terbaca, travelling kadang2 akan lead to frustration and stress. Tang happy nya bila planning. Planning lagi stress weh, anticipate sangat nak cuti!
  
Bercuti di Melaka
 4. Income yang tak diduga ataupun limitless of money.
Mestila happy sebab no worries in buying things kan. Dapat pergi travel pulak. Nampak perkaitannya?


 5. Lepak lepak dan gosip dengan kawan-kawan
eronok lepak lepak dengan member, minum minum dan catching up with each other.
Apabila busy dengan hal masing-masing, time wedding adalah masa berjumpa dengan kawan-kawan

6. Makan.
Bukan makan sebarang makan. Makan benda yang di idamkan. Cukup membahagiakan. Faham kan perasaan apabila mak buyung mengidam. Dapat makanan yang diidamkan, senyum sedepa, perut bahagia.

Boat noodles


7. Tengok movie
Lisa memang suka tengok movie. Dulu zaman dating memang suka tengok movie jugak. Tapi haruslah kena dengan cerita yang Lisa nak tengok.

Fast 8 sebab nak tengok ni!

 8. Exercise.
Hahahaha, jangan sebut perkataan boring. Lisa dulu atlit taw. Lisa pernah daftar gim. hahaha..tapi sebab time commitment, terbengkalai lah. Point kat sini, apabila stress, you jog ka, aerobik ka, u sweating and wet, perasaan tu seronok giler tahu.. okay, you cuba lah sendiri.


9. Dapat close sales.
Lisa ada buat part time. Jadi kalau dapat close sales tu memang boleh cukup menggembirakan hati ini!

Yup, Lisa stokis sah Jamu Susuk Dara

10. My family.
Terutamanya zuriat ku sendiri.
  


Ada beberapa perkara lain jugak yang menggembirakan Lisa, tapi Lisa senaraikan 10 nie jer. 
Yang paling penting, apabila sedih, perkara pertama kita harus ingat, ingat Allah swt.

Terima kasih.
Follow IG @lisamorni
IG business @lisamorni_jsd

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...