Bismillahirahmanirahim..
Selepas bertangguh beberapa minggu, Lisa nak teruskan penulisan pada pagi ini.. Kali ini Lisa nak tulis tentang 'Ayat Al-Quran yang sentiasa Lisa ingat sampai hari ini'. Dalam 30 topics writing challenge, Lisa kena tulis 'something that someone told you about yourself you never forget'. Puas Lisa fikir, rasanya takda la ye.. orang marah ado la.. but it is something negative..

Ayat Al-Quran yang I will never forget
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(2:216)
Ayat ini, Lisa jumpa pada awal-awal Lisa mula mengambil serius tentang tafsir dan makna ayat Al-Quran. Ayat inilah yang paling menonjol, ayat inilah juga yang menjadi pengubat hati yang bertanya:
Mengapa aku berada di sini sekarang?
Mengapa semua perkara menimpa aku?
Mengapa aku tak dapat perkara yang aku inginkan?
Mengapa aku dapat yang ini?
Lisa tak ingat bila tapi apabila Lisa baca ayat ini pada masa pertama kali menghayati tafsir. Ayat ini memang betul-betul menjawab soalan di hati kadang-kadang. Paling mudah situasi Lisa boleh kaitkan, apabila kita nak beli barang, bukan main halangan nya, yang baik nya mungkin Allah swt nak kita berjimat. Kita tidak tahu dengan berjimat, duit kita cukup untuk menghadapi 'unforeseen event'. Ini contoh sahaja, banyak lagi peristiwa yang berlaku, Lisa tak nak cerita lah.
Lisa nak sharing kat sini, Lisa sekarang dalam proses nak menghabiskan tafsir Al Quran. Sebelum ini pun dah mula, tapi selalunya tak abiz dan mula balik. Dalam proses itu, Lisa perasan, kadang-kadang ada ayat terjemahan macam tak pernah baca, apabila baca masa tu, macam kena pula dengan situasi masa tu..Hahahahaha..Mungkin itulah mukjizat Al Quran kan. Rahsia Allah kan. Tapi yang pasti Janji Allah itu pasti!
Cukup untuk hari ini, kalau korang yang membaca ini mempunya ayat al quran yang terkesan macam Lisa, rajin-rajin lah PM lisa di FB fadzlisa morni.
Terima kasih!
Comments
Post a Comment