Bismillahirahmannirahim..
Asssalamualaikum,
Esok, 27/5/17 umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Sering kali Lisa dengar, ini mungkin Ramadan terakhir kita. Dulu Lisa akan fikir, oh mungkin kiamat akan datang bila bila masa.
Mungkin, anda yang membaca jelas dan terang mengapa 'ini mungkin Ramadhan terakhir'. Lisa sekadar coretan dan peringatan diri sendiri.
Ini Mungkin Ramadhan Terakhir
Ini bukan sekadar tentang kiamat. Ini tentang kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada Maha Pencipta. Lisa banyak mendengar tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki tentang mati. Paling terasa apabila sahabat terdekat, meninggal disebabkan penyakit SLE awal tahun ini. Jadi, kita dah tak boleh nak cakap, 'aku masih muda, aku sihat lagi'
Jadi, begitulah Lisa nak cakap, ini mungkin Ramadhan terakhir, ini mungkin Syawal terakhir. Hari ini mungkin hari terakhir kita. Mati adalah rahsia Allah swt. Jadi, jom kita menjalani ibadah puasa sebaik mungkin kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada Maha Pencipta.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Terima Kasih
Comments
Post a Comment