Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum,
Kali ni Lisa balik Kuching pada hari raya ke-5. Tahun ni, raya pertama di sebelah suami. Memandangkan cuti yang panjang untuk Sofea, Lisa ajak suami balik Kuching. Of course Lisa tak pernah sia siakan masa di Kuching, Lisa akan share kat u olls.
James Brooke Gallery
James Brooke Gallery ni terletak di Fort Margherita. Kalau kami dulu dulu panggil muzium polis. Dulu zaman sekolah tak berani uii Lisa nak pi muzium polis nie sebab katanya haunted. huhuhu.. tapi kali ni dengar kata Fort Margherita ni dah di refurbish dan dijadikan gallery, so why not?
My story
Lisa ni bekas pelajar Building Survey, yes indeed we also study pasal conservation, refurbishment and so on. Conservation is really interesting subject, deep in my heart ada la jugak menyesal mengapa tak amik Master in Conservation. InsyaAllah, kalau ada rezeki, Lisa nak sambung buat master dalam conservation. Jadi apabila melawat bangunan lama, how this professional nak maintain or beautify it, bukan kerja senang.. U kena study old architecture and history. huhuhu..takyah la akak cite panjang lain la ko minat.
Sambung balik..
|
Waktu Melawat |
Lisa kadang-kadang sedih bila tengok orang tak nak masuk sebab kena bayar. Dia bukan caj RM40 seorang pun. Ini namanya support. Kalau u olls nak tahu, bukan syarikat jer, kita sendiri pun kadang-kadang berkira nak maintain rumah sendiri. Sebab apa? sebab u olls rasa baik aku beli baju daripada repair bla bla.. Kalau awak orang sarawak, nak benda nie kekal sampai bila-bila, please la bayar, jangan la awak cakap, cicit James Brooke ada tuk support. Please play your part. Thanks
|
Signboard dia sis nak komen sikit. |
Sebab belajar facilities kan, buat POE kan. Maafla kalau silap, bila sampai, Lisa tak jumpa jalan masuk. Dah jalan depan sikit baru nampak sign ni. huhuhuhu.. udahnya, signboard nak masuk Fort pun macam tak cukup. Adui...... Exit pun takdak signboard.
|
Pintu masuk |
|
Existing |
Galeri ni memang menarik. Banyak sejarah bagaimana James Brooke datang ke Sarawak dan cerita yang lebih detail, di mana Lisa rasa dalam buku sejarah zaman Lisa takde. Jadi, bole la pergi mendalami dan menghayati sejarah di sini. Di Malaysia, memang betul banyak tempat dah mula buat conservation. Lisa memang harap sangat di Sarawak pun lebih aktif untuk conserve bangunan lama macam di area Dock Yard. I wish one day I can play a part in conservation buildings in Sarawak.
Terima kasih
Lisa biasa share di IG @lisamorni
FB fadzlisa morni
Comments
Post a Comment