Minggu lepas, Lisa melawat kawan Lisa yang diam di Batu Caves. Mak dia telah meninggal 2 minggu sebelum tu. Tak terfikir pun nak melawat kan, sebab tak pernah rapat dengan ahli keluarga dia. Sehingga staff Lisa tanya: Jadi, malam nie you pergi rumah dia ke?
Agak terdiam apabila dia tanya macam tu, dan tak dapat nak jawab terus. Dan hanya memberi alasan bagitahu - I tak close dengan famili dia. Sebenarnya jujur Lisa cakap, bukan sebab tak close ke apa, cuma tak terfikir nak melawat. If you read this, Lisa mintak maaf sangat-sangat.
Jadi, Lisa pun whatapps dia tanya khabar dan bagitahu Lisa akan datang lawat dia.
Mengapa Lisa melawat dia?
- Sebab mungkin dia perlukan kawan-kawan borak-borak.
- Kerana Allah Taala. Allah swt suka akan erat silaturahim.
“Engkau menyembah Allah swt dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturahmi”
(HR Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, ziarah yang sangat menggembirakan. Kawan yang baju purple tetap datang walaupun lambat! hahahaha..
Pesanan khidmat masyarakat: Lawatlah sahabat anda. Sometimes, a small gesture can heal someone.
“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :
1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang di menfaatkan dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
(Hadis Riwayat Luqman Hakim)
Comments
Post a Comment