Jumaat lepas, kereta melalui sekolah menengah tak jauh daripada rumah. Suami perasan ada budak sekolah lagi sedang menunggu ibu/bapa nya untuk datang menjemput. Cuba teka waktu itu pukul berapa?
Pukul 7 lebih pada hari Jumaat. Lisa faham hari itu hari Jumaat. Mungkin ibu bapa dia sangkut di mana-mana. Lisa agak sedih sebab hari sudah malam, dan ini telah menguatkan Lisa's Big Why.
Pada hari sebelumnya, di radio membincangkan penyediaan taska di tempat kerja. Ini disebabkan penurunan prestasi pekerja wanita apabila mendapat anak. Jadi dengan adanya taska di tempat kerja, ibu akan kurang risau dan lebih fokus kepada anak.
Apa kaitan dengan anak yang menunggu dengan anak di taska?
Ini hanyalah pendapat Lisa, penyediaan taska di tempat kerja hanyalah penyelesaian untuk 3 tahun or 6 tahun pertama. Bagaimanakah bila anak semakin membesar? Di mana dan ke mana arah tuju mereka? Siapa akan menjaga mereka sekiranya persekitaran mereka seperti Lisa sekarang.
Lisa dan suami dibesarkan suasana ibu/bapa/penjaga di rumah sendiri. Jadi, macam agak tak biasa apabila anak dibesarkan di tempat lain. Lagi lah apabila melihat anak dibesarkan suasana yang agak membimbangkan. Jadi Lisa nekad untuk menjadi work at home mommy. I want my kids to raise at their own home!
MY BIG WHY!
Yes, I am not going for CAREER GOAL. I aim for preparation to leaving my CAREER to raise my kids and until later I will go for my other DREAMS.
Bagi Lisa, the idea to have nursery kat tempat kerja is good. Mommies boleh guna peluang ini untuk boost your career, simpan duit banyak-banyak, kalau ada hutang tu settle cepat cepat (this is my current situation now), buat passive income, whatever you can so bila anak u dah masuk darjah 1, u boleh focus for their development and their education.
Jadi, mommies out there yang tengah fikir, resah gelisah nak kerja ke jaga anak. Pastikan you are well prepared. Bukan terus letak jawatan nanti u nangis kat rumah.
Ini hanyalah pendapat Lisa. Kalau u tertanya-tanya, I am not living with my parents or in laws.
Terima kasih.
Comments
Post a Comment