Tahun lepas raya cina saya dengan keluarga pergi ke Singapore. Tahun ini cadangnya nak ke sana lagi. Bulan 12 mak ajak pergi Pontianak. Saya terus cakap Jom!
Semakin tiba Raya Cina, member tanya pergi mana raya cina sebab dah war war kat IG nak gi jalan-jalan. Just reply nak gi Indon. Malas nak jawab orang tanya - mana Pontianak? Kalau Sarawak pun orang salah cakap Sabah, ini kan negara jiran, huhuhu..sis pilih jalan senang cakap sis pergi Indon supaya kau tahu, Pontianak itu di Indonesia. Lebih spesifik jiran Sarawak. Macam Semenanjung Malaysia dengan Thailand. Kalau yang teror sikit Geo akan tanya, Kalimantan ke? hahahaha..
Kalau tanya boleh drive ke sana ke? Boleh sangat nak drive. Tapi kita nak jimat masa, kita diberi rezeki lebih, why not naik flight dan terus sampai? For your information, apabila saya cari flight, hanya Air Asia terbang ke Pontianak dan hanya 1 flight sahaja pada 1 hari. Hasil pencarian tiket lagi murah, mungkin u olls bole cuba naik Garuda ke Jakarta dan drpd sana ke Pontianak. Memang murah banyak apa yang saya belanja, cuma sis nie bawak anak kecil. Kalau ko tahan melayan kerenah anak penat transit, silakan. =) Macam saya cakap, Allah swt beri rezeki lebih, ambiklah kemudahan yang ada, jimatkan yang lain.
Currency memang pakai IDR. Bukan macam kita masuk Serikin boleh bayar guna RM. Waktu (timezone) memang ikut WIB. Walaupun sama kepulauan Borneo. Apabila satu pulau dan paling ketara berjiran dengan Sarawak, kebanyakan motif-motif hampir sama dengan Sarawak. Kebudayaannya hampir sama. Saya tak mengkaji lebih dalam tentang Pontianak, jadi tidak akan mengulas lebih lanjut.
Saya hanya cerita secara ringkas, dan ingin lebih detail, bolehlah ke IG @lisamorni ataupun ke FB fadzlisa morni. Nanti saya akan upload ke FB pages supaya senang sikit.
Secara ringkas dan padat, pada hari pertama:
Pertemuan di Airport Pontianak dengan ahli keluarga daripada Kuching. Flight daripada Kuching hanya memakan masa dlm 45min, manakala daripada KL 1 jam 45 min. Flight delay daripada Kuching, kami terpaksa menunggu di Airpot. Aircond yang terhad, cuaca yang kering dan panas, anak yang merengek, need to expect that.
Apabila mereka semua sampai, kami terus pergi lunch dan Solat Zohor. Daripada sana, kami pergi ke Rumah Dayak, Rumah Melayu (harus pergi ke IG dan cari sebab ada cerita menarik di rumah Melayu) dan diakhiri River Cruise di Taman Alun Alun Kapuas melihat sunset. River cruise yang sangat unik, dont expect macam 1st class river cruise, tapi unik!
Masjid Raya Mujahidin |
Rumah Dayak |
River Cruise |
Hari kedua:
Dimulakan dengan lawatan ke Tugu Khatulistiwa, walaupun hanya melihat tugu, tetapi ambillah masa untuk melihat landscape di sekeliling. Kalau anda lepas baca ini ingin pergi, pergi lah pada 21-23 March dan bulan September, di mana berlaku peristiwa tiada bayang. SubhanaAllah! Kemudiannya bergerak ke Istana Kadriah, nothing much kat sini, cuma nak tengok ada kerabat diraja di Pontianak. Di samping anda boleh melakukan amal jariah di sini. Dari situ Solat di Masjid Jamek, terletak tak jauh daripada Istana tersebut. Aloevera merupakan tanaman paling popular di Pontianak. Bukan rezeki tuan kedai, kami tak dapat pergi kerana tutup. Kami teruskan perjalanan dengan shopping di Jalan Sudirman. Disebabkan bukan rezeki tuan kedai kat sana, keadaan yang sangat lengang kerana banyak kedai tutup. Kakak yang pernah pergi Pontianak sebelum ini bagitahu, kawasan situ paling meriah kalau bukan cuti perayaan. Jadi pergilah tempat lain pada Raya Cina.
Tugu Khatulistiwa |
Istana Kadriah |
Masjid Jamek |
Hari Ketiga:
Kami semua kembali ke tanah air.
Orchardz Hotel |
Komen:
Cuaca di Pontianak agak tidak mesra, kerana sangat berhabuk ketika malam. Agak panas. Please find a good transport which have fullblast aircond. Makan makan sis tak explore sangat sebab memang banyak kedai makan tutup. Kedai makan pun ada yang open air and please endure the heat. Cuma kat situ, no one force u and follow u macam kat Bandung. Just FYI, kat sana takda Taxi dan Taxi hanya ada di airport. Mereka pakai grab or uber. Please download GRAB sebab majoriti guna Grab. Pontianak ada shopping mall, iaitu Ayani Mall (Megamall). Jenis yang nak senang makan dan tak kisah nak cari makanan local boleh duk kat Mercure Hotel. Kami duk di Orchardz Gajah Mada, quite okay jugak, sekeliling ada kedai makan yang chill chill, ada mini market (7 eleven kat sana). Hotel yang berdekatan dan nampak okay ialah Neo Hotel. It is a nice city, we will come back to shop. InsyaAllah dimurahkan rezeki.
Thanks
Comments
Post a Comment