Skip to main content

Singapore Trip 2019

Tahun ni, ini ialah kali ke 2 aku pergi Singapore. Kawan kawan aku tanya, ke Singapore lagi? 
Sebab apa? my sis flying from Jakarta sebab time tu Indonesia tengah mengundi and the same week cuti Good Friday. So, aku pun ajak kakak aku ke Singapore semata mata aku nak masuk Universal Studio Singapore.

Aku malas nak cerita panjang, aku nak cite jer trip aku nie.

Hari Pertama
Aku drive masuk Singapore. Kebiasaannya, aku masuk time pukul 4 pagi. So aku dapat elak jem kat Woodlands. FYI, aku tahu Gelang Patah, cuma selesa dan dah biasa masuk ikut Woodlands. Hari aku masuk pulak hari Weekday, aku kena masuk cepat sebelum bertembung dengan orang yg bekerja.

Masuk je Singapore, of course u tak kan dapat check in dulu. I advise u pergilah Mustafa Center window shopping. Tak payah ko nak bersesak sesak dengan kesempitan di dalam Mustafa Center tu, Lagipun Mustafa Center ada Cafe, and Cafe tu pun tak ramai orang. Parking memang bersepah-sepah kat depan Mustafa Center. Parking free sampai pukul 8.30 pagi. Kalau kau tanya aku mana nak Subuh, aku pun tak tahu, sebab biasanya aku akan ke hotel kakak aku sorang lagi (sebab dia sampai dulu) dan aku akan ke hotel dia untuk Subuh. 

*aku advise cariklah tempat untuk freshen up and Subuh.

Breakfast at Mustafa Center

Anak aku main kat dalam Mustafa Center

Lepas settle kat Mustafa Center tu, aku gerak ke Jurong untuk pergi ke Singapore Science Center. Aku ke sana sebab aku bawak anak aku. Lagipun main purpose aku ke Singapore is USS. Duit aku spend paling banyak pun ke USS. So aku tak bajet pun nak ke Zoo or tempat lain sebab mahal. Science Center mereka ada satu tempat panggil KidStop. Kalau kau tanya aku mana aku jumpa? nanti aku cerita. Harga pun affordable and anak aku pun having fun giler. Aku tak nak cite detail sebab website die very detail. Cuma kalau kau tak faham and can not imagine what will u expect, just ask me. 

Komen aku: Aku masuk 'Kidstop' bukan actual Science Center dia (sebab entrance lain). Game dlm Kidstop macam mini kidzania. Very interactive. Well maintained. Baby pun boleh main. Kids having fun.





 




Habis kat sini, aku pegi Lunch kat Jurong jugak. Actually, kalau kau pandai cari tempat makan kat sana, u will find affordable food kat Singapore. Aku guna affordable bukan cheap sebab apabila kau convert ke RM, of course masih mahal. Kalau kau based on 1 to 1, memang murah. Lepas lunch masih ada beberapa jam nak check in. So aku pun pergi IMM kat Jurong jugak. IMM nie banyak kedai factory outlet. So kalau u memang kaki shopping, boleh pergi sana.


Lunch@ Jurong
Check in time. Rest kat hotel. 

Petang tu, anak aku nak sangat naik Singapore Flyers. Jadi aku pun naik la Singapore Flyers. Dia dah cakap, nak naik waktu malam sebab nak tengok lampu. 

Lepas naik Singapore Flyers, aku takde jalan jalan kat area situ sebab dah penat. kterong pun pergi makan malam di Beach Road. Makan Sup Tulang Merah. Lepas dinner, balik hotel tidur sebab esok nya nak pergi USS!




Sup Tulang Merah @ Beach Road

Hari kedua


Breakfast at Geylang Serai
Bangun awal sebab nak bukak pintu USS. hahahah.. tapi harus breakfast dulu. Sebab aku tinggal kat area Geylang. Aku pergi breakfast kat Geylang Serai. Lepas makan dengan kenyang, bergerak lah ke USS. Satu hari aku dalam USS sampai USS tutup!





Dinner pulak aku ke Tang Tea House. Habis dinner kami pun pulang.




Something hot sebab duk makan western kat USS

Hari Ketiga
Check out. Breakfast di Zam Zam Restaurant sebab dah alang alang ke Arab Street. Last day di Singapore semata mata nak explore all 'Streets' kat Singapore.
Breakfast at Zam Zam: Famous murtabak

Apa kau boleh buat di Arab Street? 
Of course, for instagram - ambil gambar banyak banyak kat situ. Banyak bangunan yang cantik. Kau boleh beli souvernir jugak. 1 info untuk u olls, please do survey first before u buy souvenirs.



 

Then, kami pun bergerak ke Bugis Street. Aku cakap dengan kau, first day aku masuk Bugis Street pun pack, nie last day, aku masuk siang pun pack. Aku datang semata mata nak beli souvenirs and window shopping jer. Lepas tu, aku gerak ke Orchard. 

Masa aku sampai Orchard, hujan yang lebat. So tak dapat la nak jalan jalan along the road. Tapi, main point aku ke Orchard, gedik nak makan ice cream roti jer. hahahaha.. habis makan gerak pulak ke Changi Point. Actually, aku ada la shopping sikit kat area Orchard.


Apa ada kat Changi Point?
Situ pun ada kedai factory outlet. Kat Bugis Street ada jugak kedai chocolate murah, kalau kau rasa sesak, boleh la pergi Changi Point tengok.

Changi Point ialah last destination aku. Lepas tu kami pun drive out from Singapore.

Kalau nak tengok gambar lagi, boleh la follow kita di IG @lisamorni.

Thanks

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k...

Kereta kena tarik oleh MPSJ

Assalamualaikum, Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB. Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik. Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini...