Tinggal lagi sebulan nak masuk tahun 2020, semakin kurang benda nak tulis dalam nie. semakin sibuk dgn kerja. Hari ni aku gagahi jugak menaip nak share dgn korang pengalaman aku kena tipu tanpa sedar.
Awal tahun aritu, aku ada guna portable wifi router yg aku jumpa kt website nie. Nama dia wifibaby. Aku tak ingat kenapa aku pilih wifibaby berbanding few othes router yg dh establish. Mungkin sebab lokasi nak collect router tu yg buat aku pilih wifibaby. Kalau pilih Wifibaby, dia ada min days ko nak sewa and dia mintak deposit sebanyak RM200. Aku sgt berpuas hati dgn coverage router dia. Apabila aku return balik plak, aku dpt balik deposit aku. So I am a happy customer masa tu.
Then few months after, aku travel lagi ke Singapore, dan aku guna balik wifibaby sebab ko dah tahu mana nak collect and return. Guess what, few weeks passby. Deposit aku sebanyak RM200 tak pernah dipulangkan sehingga hari ini, aku ada follow up and send emails. But no reply from them.
Why aku follow up?
sebab aku takut bila kau return router tu, tukang collect mungkin ada buat hanky panky and ckp kt vendor yg dia tak pernah receive kau punya device. sebab aku pun takde sedia acknowledgment receipt utk collector. Satu lagi aku lupa nak cakap, tempat return dia tak sama masa aku first time return.
Aku rasa la, orang yang tak dapat depposit balik nie, mesti dia g serang tempat dia return tu. Yela, kalau deposit kau tak d refund, mesti kau rasa sebab device tu tak sampai kat tuan punya and ko nak keadilan kan? hahahaha.. Ko bayangkan la, last aku retun, aku return kat capsule hotel KLIA2. buat nama capsule busuk je weh.
Ada sekali tu aku terdetik nak search la wifibaby nie.. rupanya banyak dah kena dengan dia weh.. ada forum duk discuss yg drg nye deposit tidak dipulangkan! Aku tak ingat forum mana aku baca, wifibaby nie dah tuka website/company. Modus operandi macam masih sama.
Tak pasal2 aku hilang deposit aku. sedih tol. Harap la someone can do something for this.
Tapi jujur la aku cakap, internet drg mmg laju berbanding apa yg aku guna aritu. Cuma sedih la, kau pegi makan aku punye deposit.
So guys, please be careful ya. Buat research dulu sebelum nak rent or u can DM me kat my socmed utk tanya which provider I use.
#ultrawifi #wifibaby
Thanks
Comments
Post a Comment