Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Pada tahun ini (2020), akan menjadi memori umat Islam seluruh dunia kerana tiada tarawih di masjid, tiada bazaar ramadhan, dan tiada berbuka puasa dengan sahabat dan family sendiri bagi yang duduk jauh daripada keluarga. Jangan sedih, InsyaAllah ada hikmah. Sekiranya diberi kesempatan pada tahun depan. Saya akan tulis hikmah apa yang berlaku puasa kali ini. Puasa kali ini, kita mungkin berpuasa dan beribadah dengan lebih tenang. Solat tidak terkejar kejar, bacaan Al Quran tidak terkejar-kejar. Mungkin yang boleh melakukan kerja sambil menonton TV boleh mendengar ceramah sambil buat kerja. Ambillah kesempatan ini, kerana kita sentiasa mendoakan agar Ramadhan kali ini lebib bermakna. Ambillah masa yang Allah swt berikan. Ambillah sebanyak masa itu untuk menghayati Ramadhan kali ini. Kita sentiasa membaca di FB, ada syarikat yang begitu baik ketika Ramadhan...
Still enjoying my life- a wife to A.K a mom to A.S a daughter to M+N