Kewujudan cerita ni aku tahu masa dia keluar Season 2. Itupun sebab aku terbaca kat twitter, Netflix Malaysia duk promo cerita ni. Disebabkan aku tak tahu season 1 pasal apa, so aku tak berapa nak ambil kisah.
Lepas tu, aku nampak orang keep on komen dan betapa tak sabar nye mereka tunggu Season 2. Jadi, aku pun tanya orang yang follow kdrama especially yang layan Netflix nie. Satu jer respon drg, 'cerita zombie'.
Cerita ni, memang dah lama aku plan nak tengok, tapi aku duk layan Cheese in the trap, Dr Kim and lastly mood aku datang and cuba tengok cerita ni.
Bagi pendapat aku sendiri, Season 2 memang best berbanding Season 1 sebab seolah olah kemuncak cerita nya berada di Season 2. Aku ambil masa habiskan Season 1 sebab macam slow sikit jalan ceritanya. Tapi apabila aku mula tengok Season 2. Aku habiskan dalam beberapa hari sahaja sebab aku tak sabar nak tahu ending (nak cakap cerita dia dah laju sikit). Lagi satu, aku tak berapa pasti akan ada ke tidak Season 3 sebab yang menonton sahaja tahu apa maksud aku.
Apabila ko tengok Season 1, memang ko akan nampak cerita ni sebenanya tak habis lagi. Sebab terang lagi bersuluh kot ending dia tergantung. Lepas tu ko tengok pulak Season 2, di mana ko tengok macam mana wabak zombie ni dapat diselesaikan and berjaya ke tidak Prince Chang nie dapat takhta dia.
Isi cerita pulak, pasal zombie (wabak) lah. Hahahah... macam mana dorang nie jadi zombie..
kadang-kadang aku sakit hati dengan watak yeong sin sebab dia lah punca wabak tu yang sebenarnya walaupun lepas tu, dia menjadi pengikut Prince Chang till the end.
Isu kedua cerita nie pulak, disebabkan wabak ni, Prince Chang mendekati rakyat. Dia tengok sendiri rakyat tak cukup makan and tempat tinggal daif. Kiranya dia dah tahu punca rakyat die jadi macam tu. So dia lagi nekad menggulingkan kerajaan.
Isu ketiga, disebabkan wabak tu, penduduk lagi susah nak dapat sumber makanan. Macam kita time PKP nie lah, cuma alhamdulillah sumber makanan kita mencukupi lagi sebab kerajaan memastikan kita boleh lagi keluar beli makanan. Cuba kalau kita dapat kerajaan macam dalam cerita The Kingdom nie, kena catu la jawabnya.
Isu keempat, macam mana dorang contain wabak tu dengan menutup pintu gerbang bagi menghalang zombie nie masuk. Macam tulah kita sekarang ni, tak dibenarkan keluar negara, keluar negeri dan keluar rumah.
Cukuplah itu sahaja isu aku nak tulis. Cuma aku nak cakap, cerita nie bukan setakat cerita orang kena kejar zombie. Dia tunjuk masalah rakyat, masalah perebutan kuasa, masalah wabak dan lain-lain.
Jarang plak aku tengok cerita zombie yang zombie die boleh dihapuskan secara total. Maksudnya, aku punya expectation dalam tengok cerita nie, aku tertanya-tanya macam mana wabak nie nak selesai? Adekah never ending killing and running macam cerita Train to Busan?
Kalau kau belom lagi tengok cerita ni, u should consider it. U should watch first dulu sebab two memang sambungan untuk 1. Dia bukan cerita hantu and tak ada elemen buat kau terkejut dan tutup mata. I hope u enjoyed it as much as I do. . Kalau betul ada Season 3, I am really looking forward to.
Thank u
Comments
Post a Comment