Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Kecemasan di pagi 19/11/15

Bismillahirahmanirahim. Bulan November 2015 memang agak mencabar bagi saya, banyak sales saya telah ketinggalan. Saya mula goyah. Balik daripada PPUM update segalanya, runsing-runsing. Bulan depan (esok, Disember 2015), kalau kira-kira collection saya tidak cukup. Negatif thought mula datang, nak give up, macam-macam ada di dalam otak. --> saya terus, rilek satu hari (lepas keluar hospital), solat, muhasabah balik, buat syukur list, rangka balik plan2. Alhamdulillah otak dah boleh jalan balik. Baiklah. Saya nak cerita mengapa saya ended up di PPUM 2 minggu lepas (19/11/15 - 24/11/15). Pada pagi 19/11/15 saya tiba-tiba bleeding dan contraction (pengalaman anak pertama macam tu) jadi, ku kejut suami, ku bagitahu dia. Paling best 2 2 tengah fikir nak pegi hospital mana. Iye la cadang nya nak beranak kat hospital shah alam (tak bukak lagi kak oi).  Nak pegi sg buloh? tak tahu jalan kak oi Nak pegi mana-mana GH, memang tak pernah tahu kat mana la ye.. Last last pergi je la...

Pengalaman check up di swasta dengan kerajaan

Bismillahirahmanirahim.. Memang berbeza pengalaman kalau check up di swasta dengan kerajaan. Masa first baby, saya memilih untuk check up di swasta, di seksyen 13 ada hospital bersalin yang sangat glamer dan bekas housemate pun beranak kat sana sebelum ini. Tambah lagi, kawan husband pun check up kat sana. Hospital itu menjadi pilihan kerana boleh check up malam, masa tu tak banyak cuti dan bole buat medical claim pulak kan. Jadi tak mengapalah kalau nak pergi ke sana sebab memang nya cadang nak beranak kat situ jugak. Begitulah nasib masa tu apabila duk kat Shah Alam yang tak ada hospital kerajaan. Hospital swasta yang berlambak. Memang betul kalau di swasta check up tak da lah mengambil masa macam Klinik Kesihatan. Orang tak ada lah ramai macam KK. Ada aircond. Yang check nya pun doctor. Setiap kali jumpa doc, scan memanjang je lah kalau awak tak ada benda nak tanya. Doc tak tanya lebih pun (ini pengalaman saya). Sepanjang pengalaman saya dengan hospital tersebut, saya tak ...